Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Wednesday, June 18, 2008

Semi D, single storey kg Duyung Seb Takir - RM350 Ribu





Rumah ini antara rumah yang cantik yang pernah saya temui di Kuala Terengganu, di Kampung Duyong, sebuah kampung nelayan yang tercatat pelbagai sejarah dan keunikannya tersendiri.

Di Kampung inilah wujudnya perusahan membuat bot atau perahu layar terkenal di seluruh dunia di samping di muaranya menjadi Destinasi pertandingan perahu layar terkenal Monsoon Cup setiap msim tengkujuh tiba.


Ia damai didamaikan dengan sebuah taman Indah 'Taman Melayu Nusantara'.

Rumah ini memiliki 4 bilik tidur dan dua bilik air, terletak 500 meter dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mizan dan Stadium Sultan Mizan, berharga RM350 ribu.

Sesiapa yang berminat memiliki rumah ini, sila hubungi saya segera melalui email seramaesty@yahoo.com atau telepon 013-9060111.

Tanah Paya Resak telah dijual

Tanah di Paya Resak, Marang telah dijual baru-baru ini.

Saya lampirkan semula maklumat tanah berkenaan seperti berikut;-


Tanah 3 dalam 1



Sebidang tanah di Kampung Paya Resak Marang, (12 kilometer dari Kuala Terengganu) kini memerlukan pembeli dalam kadar segera.

Tanah berkenaan sudah dipecah lot kepada enam lot. dua sudah dijual, empat lagi masih berbaki. Tanah berkenaan berukuran kira-kira satu ekar dibahagi enam. Ketika saya meninjau keadaan tanah berkenaan hari ini, mendapati tanah berkenaan mempunyai fungsi tiga dalam satu.

Pertama ia mempunyai tanaman pokok getah kira-kira dalam 30 batang yang masih boleh ditoreh untuk mendapatkan susunya. Umur getah berkenaan dalam lingkungan tujuh tahun. Kedua, tanah ini agak tinggi dan boleh dijual jika tanah itu mahu dilabelkan sebagai tapak rumah. Ketinggiannya kira-kira 2 kaki dari jalan.

Ketiga, status tanah ini ialah pembangunan. Boleh digunapakai untuk mendirikan apa-apa jenis kediaman yang berkenan di hati.

Dua lot yang telah dijual bersebelahan tanah ini sudah dilabelkan untuk tujuan mendirikan rumah baru.

Harganya ialah RM50,000.00 selot. Dan harga berkenaan masih boleh dirunding. Saya cadangkan beli sahaja empat lot tanah itu untuk memudahkan urusan tebang tebas dan keluarkan tanah lebihan dari lot-lot berkenaan.


Bagi sesiapa yang ingin mendirikan rumah di kawasan yang agak tenang dan jauh dari hiruk pikuk bandar atau mahu jadikan tanah ini sebagi aset masa depan, ia sesuai untuk dimiliki.

Cepat...siapa cepat dia dapat. Sila emailkan kepada saya untuk rundingan dan belian.

Di bawah ini saya paparkan visual tanah berkenaan. Sila klik.





Click Here!

Tanah berpotensi untuk perumahan di Gong Badak

Gong Badak Kuala Terengganu, kira-kira 17 kilometer dari Kuala Terengganu, merupakan satu kawasan cadangan Perbandaran Baru untuk negeri Terengganu yang kini pesat membangun.

Kawasan Perumahan tumbuh bagaikan cendawan dan kemudahan awam termasuk pejabat kerajaan, universiti, restoran dan kawasan perumahan sedia dibangunkan dan ada yang sedang dibangunkan dengan jayanya.

Kawasan ini berpotensi untuk maju dan sesiapa yang melabur di sini akan mendapat laba yang berlipat kali ganda di masa depan.

Andakah yang akan melabur di sini dengan wang anda untuk bersama memajukan kawasan ini? Jika anda orangnya saya cadangkan anda membeli sebidang tanah di sini seluas 4.33 ekar (salinan geran bertanda 'X' seperti dalam gambar).

Status tanah ini ialah Rezab Melayu dan untuk pembangunan. Tanah ini cuma perlu ditambun tanah kira-kira tiga kaki tinggi dan sekarang dipenuhi dengan pokok renek pinggir hutan.

Ia dikelilingi dengan kawasan perumahan sama ada dibina oleh kerajaan atau swasta. Jika berminat sila hubungi saya segera melalui e-mail seramaesty@yahoo.com atau telefon 013-9060111.

Ia perlu dijual dengan kadar segera dengan harga RM1 juta (harga boleh dirunding).



Click Here!

Sunday, June 15, 2008

Tanak Chendering RM80 ribu dibeli

Tanah di Chendering RM80,000.00 ini telah dibeli oleh seorang pembeli dari Kuantan. Terima kasih kepada mereka yang prihatin dengan blog ini.

Antara kandungan blog tersebut ialah seperti berikut;


Tanah murah di Chendering 1/2 ekar RM80,000


Tanah murah di Chendering berhampiran rumah Dr. Sulaiman. Keluasannya ialah 0.2404 hektar (0.5 ekar). Tanah ini bersebelahan juga dengan Kawasan pembinaan resort baru.

Sila rujuk penunjuk peta terbaru lokasi tanah terbabit. Jalan masuk melalui jalan ke resort masih belum bertar. Tetapi kepesatan pembangunan di situ tidak sukar untuk membina jalan bertar di masa yang terdekat memandangkan ada resort di bersebalahan tanah tersebut sedang dalam pembinaan.

Status tanah ini ialah Dusun Nyior. Tidak sukar untuk ditukar status pembangunan dalam beberapa bulan di negeri Terengganu. Bagaimanapun tanah ini perlu ditambun sedikit untuk tujuan pembinaan perumahan atau rumah kediaman.

Tanah ini bernilai RM80,000.00.

Siapa cepat dia dapat...