Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Monday, August 25, 2008

Tanah di Tok Jembal berhampiran Airport Sultan Mizan

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mizan sedang pesat dibina. Tanah dan rumah berhampiran menjadi rebutan setiap orang yang mahu menanam modal dan mendapat untung besar di kawasan tersebut.

Mereka berlumba-lumba membeli rumah dan tanah sekitar kawasan itu. Terdapat satu lot tanah kira-kira 430 meter persegi serta sebuah rumah kayu yang agak luas juga mahu dijual di Kampung Tok Jembal berhampiran dengan Sekolah Kebanngsaan Tok Jembal dan juga tidak jauh dari situ.

Pembeli dapat terus tinggal di rumah berkenaan, cuma bersihkan halaman dan dalaman rumah dari habuk serta sampah sarap sahaja.

Harganya tidak mahal sekitar RM120,000 sahaja. Harga ini boleh lagi dirunding. Sila call saya segera ditalian 013-9060111 atau email: seramaesty@yahoo.com.

Tanah dan rumah ini untuk 'direct buyer' sahaja. Click Here!

Saturday, August 23, 2008

Tidak rugi beli tanah

Tidak rugi sesiapa yang berhasrat untuk membina kekayaan melalui pembelian tanah kerana harga tanah tidak akan turun dalam waktu terdekat (biasanya ia akan naik dari semasa ke semasa).

Saya syorkan cuab anda semak semula apa-apa tanah yang saya tawarkan dalam blog ini. Yang terbaru ialah tanah di Pulau Kerengga sebagaimana saya postkan sebelum ini. Click Here!

Tuesday, August 19, 2008

Tanah berhampiran Penjara Terbuka Marang 3 Lot



Tanah terbaru mahu dijual hari ini ialah 3 Lot Tanah di Mukim Pulau Kerengga kira-kira 200 meter dari Penjara Terbuka Marang.

Nombor Lot tanah tersebut ialah PT 22861, 22855 dan satu lot lain semuanya berukuran 775 meter persegi sesuai untuk rumah banglo dan lain-lain. Lot asalnya ialah Lot 3908 GM 1991 Mukim Pulau Kerengga.

Boleh buat rumah dengan segera. Plan banglo sudah diangkat ke Majlis Daerah Marang. Dijangka akan diluluskan sebulan lagi.

Tanah ini berstatus Tanah Orang Melayu berada pada kedudukan lot kedua dari jalan besar Kuala Terengganu-Marang.

Harga satu lot ialah RM70,000.00 (masih boleh dirunding). Hanya pembeli serius sahaja (direct buyer) dikehendaki.

Sesiapa berminat sila menelefon saya di talian 013-9060111 atau e-mail seramaesty@yahoo.com


Click Here!

Saturday, August 16, 2008

Tanah berhampiran lombong emas di Kg. Paya Marang


Marang mempunyai keindahan pantai dan pulaunya tersendiri. Marang turut mempunyai emas diperut buminya. Pernah terkenal dengan Perlombongan Emas Awam sekitar 1980-an. Kini masih terdapat emas di daerah tersebut khususnya di Rusila.

Sebidang tanah berhampiran lombong emas swasta di Kampung Paya Mukim Rusila kini terbuka untuk jualan.

Wakil tuan tanah (nama dirahsiakan) telah berjumpa saya dan mengajak saya melawat tanah berkenaan (Lihat pelan kasar).

Ia agak berhampiran dengan lombong emas berkenaan. Tanah itu berpotensi untuk didirikan chalet dan rumah banglo.

Status tanah berkenaan ialah 'freehold'. Terdapat 10 lot tanah di situ. Pemilik berhasrat menjual semua sekali dengan harga RM350,000.00.

Bagaimanapun hanya 4 lot sahaja (Yang tidak bertanda bulat) beliau sanggup menjualnya jika tidak ada pembeli yang ingin membeli semua tanah miliknya itu.

Harga satu lot ialah RM35,000.00 (masih boleh dirunding).

Harta mahu dilelong di Sentol Patah, Marang

Masalah kewangan sering menghantui peniaga sama ada kecil atau konglomerat. Kadang kala mendorong seseorang itu menjual harta yang ada untuk mendapatkan wang bagi meneruskan perniagaan yang dibina sekian lama.

Saya mempunyai seorang pelanggan yang menghadapi masalah ini. Beliau seorang peniaga emas di sekitar Marang (nama dirahsiakan) telah menemui saya suatu ketika di satu tempat di daerah tersebut menceritakan masalahnya untuk menjual hartanya itu bagi mendapatkan wang berkenaan.

Hartanya termasuk dua buah banglo dan kira-kira 3 ekar tanah (gambar) yang sudah dipecah 12 lot (3 lot sudah dijual) bernilai RM900,000.00 terletak di Kampung Sentol Patah, kira-kira 6 kilometer dari bandar Marang (menghala ke Wakaf Tapai).

Setiap satu lot keluasannya ialah 590 meter persegi.

Tanah ini berstatus Freehold dan tanah berkenaan akan meningkat lagi harganya di masa akan datang kerana di sekitar perkampungan itu sudah banyak didirikan kawasan perumahan oleh pihak pemaju dan syarikat-syarikat tertentu.

Tanah berkenaan sesuai untuk didirikan rumah banglo dan lokasinya tidak jauh dari bandar Marang. Ia terletak dalam suasana kampung yang aman dan damai serta mempunyai kemudahan jalan raya dan infrastruktur lain.

Pembeli yang 'intrested' sahaja diharapkan menghubungi saya segera di talian 013-9060111 atau email seramaesty@yahoo.com

View Larger Map

Sunday, August 10, 2008

10 Lot Tanah di Kg. Paya akan dijual

Hari ini, ketika saya ada sedikit urusan perniagaan di Kuala Terengganu, tiba-tiba ada seorang hamba Allah dari Marang, ingin meminta saya menjual tanahnya kira-kira 10 lot di Kampung Paya, Kijing.

Beliau bertanyakan sama ada saya agent hartanah atau tidak. Saya berterus-terang saya adalah agent tersebut.

Beliau ingin menjual tanah setiap satu berukuran 497 meter persegi. Saya akan bertemu beliau sedikit masa lagi dan membincang tentang semua perkara berkait dengan tanah berkenaan, khususnya masalah harga.

Saya akan postkan maklumat berkenaan dengan tanah berkenaan di blog kesayangan ini tidak lama lagi selepas satu pertemuan diadakan antara beliau dengan saya sedikit masa lagi.

Sebagai maklumat, Kampung Paya terletak di tepi pantai Muara Sungai Marang (kira-kira 18 kilometer dari Kuala Terengganu). Kira-kira 20 tahun lalu ramai pelancong datang berkunjung ke situ untuk bersantai di tepi pantainya tetapi kini ia tidak lagi begitu.

Ini kerana keindahan pantainya kini terhakis akibat projek pembangunan tambak muara sungai itu berharga tidak kurang RM7 juta.

Pelancong kebanyakan akan menuju ke Pualau Kapas untuk bersantai dan Pulau Kapas juga merupakan satu destinasi pelancong terkenal di Pantai Timur.

Bagaimanapun Kampung Paya sebuah kampung istimewa kerana terletak di pinggir bandar Marang yang keluasannya tidak sebesar mana. Agaknya hanya dalam sekitar 700 meter sahaja. Segala kemudahan termasuk masjid baru, Pejabat Tanah dan Daerah serta Pasar memang tersedia di badar ini.

Tunggu posting terbaru saya berhubung dengan tanah berkenaan.

  • (Gambar) Satu pemandangan indah di Pulau Gemia berhampiran Pulau Kapas. 10 tahun lalu saya pernah berkunjung ke pulau ini dan pernah menginap di resort yang ada di pulau tersebut.

Xomax - Natural Male Enhancement

Tanah di Lerek dalam proses perundingan jual-beli

Saya mempunyai seorang pelanggan yang mahu membeli tanah Lot No. 34174 (13) Kampung Lerek, Gemuroh, Kuala Terengganu berkeluasan 438 meter persegi berharga R26,000.00 (boleh dirunding).

Nama beliau ialah Azman (bukan nama sebenar) tinggal di sekitar Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Dari semalam menelefon saya bertanyakan tanah berkenaan tetapi petang ini (jam 5.10 petang) barulah saya berjaya membawa beliau melawat tanah berkenaan yang letaknya di tepi sebuah padang bola awam yang dikatakan tanah rezab kerajaan.

Tanah Lot ini adalah tanah lot terakhir yang mungkin akan terjual tidak lama lagi yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Sekitarnya masih ada belukar yang dikatakan menjadi sarang penjudi di kampung berkenaan. Tanah di kawasan itu agak tinggi sikit dan perlu dibuang untuk menjadi rata setara padang bola bersebelahan.

Jika kawasan ini dibersihkan insya Allah masalah menjadi kawasan perjudian dapat diselesaikan sedikit sebanyak.

Difahamkan hanya tinggal tanah itu sahaja satu lot yang belum dijual. Azman meminta salinan geran kasar tanah berkenaan. Saya membuat satu salinan tanah itu dan serahkan kepada beliau.

Azman meminta harga dikurangkan. Saya kata, beliau boleh mengurangkannya ikut berapa yang dikehendakinya dan saya akan pertimbangkannya jika berpatutan.

Setakat ini saya belum lagi membuat keputusan berapa harga yang dia mahu dan saya nasihatkan beliau supaya menyemak status tanah berkenaan di Pejabat Tanah Kuala Terengganu untuk mengetahui apa kedudukan sebenar tanah tersebut sama ada ada apa-apa 'kaveat' (sekatan) atau ia dalam perancangan projek kerajaan.

Jika ia dalam perancangan pembangunan kerajaan saya rasa tanah berkenaan boleh dibeli untuk mendapat laba berlipat kali ganda di kemudian hari kerana harga pasaran tanah berkenaan di kawasan itu pun dikatakan turut meningkat dari semasa ke semasa.

Kampung Lerek adalah sebuah perkampungan yang jauhnya sekitar 15 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.

Nampaknya tanah berkenaan berada di kawasan agak berbelukar di tepi kampung. Ia tidak menjadi masalah untuk dibersihkan menjadi kawasan perumahan dan perkampungan yang sihat dari pengaruh judi di kawasan berkenaan.

Itu bergantung kepada kemuafakatan pemilik tanah di situ yang terdiri dari guru-guru sekolah kerajaan yang dikatakan ingin mewujudkan satu koperasi entah untuk apa tujuan, saya tidak mendapat maklumat secara jelas.

Bagaimanapun mereka dikatakan gagal mewujudkan koperasi berkenaan dan akhirnya mereka terpaksa menjual tanah itu kepada orang ramai.

Tanah tersebut mempunyai tiga nama, semuanya guru sekolah dan ia tidak menjadi masalah untuk menukar nama pada geran di masa akan datang kerana mereka semua berjanji untuk memberi kerjasama sepenuh untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun tanah ini masih dalam perundingan untuk dijual. Bergantung kepada kesanggupan Zamri. Beliau akan memberiahu keputusan sehari dua lagi.

Jika beliau jadi atau tidak jadi membelinya, saya akan memaklumkan kepada anda dan postkan ke blog ini.

Saya turut mempunyai tanah-tanah lain untuk dijual sebagaimana saya postkan maklumatnya sebelum ini.

Jika anda mempunyai perancangan untuk membeli dan menjual tanah atau rumah anda boleh hubungi saya dengan menelefon 013-9060111 atau menghantar e-mail ke seramaesty@yahoo.com. Click Here!

Saturday, August 9, 2008

Semi D 1 Tingkat di Bukit Berangan, Tok Jiring


Kemudahan Sedia Ada:

Kawasan Perumahan ini berhampiran dengan masjid, Pasar Batu Enam Jalan Kelantan, Sekolah Menengah kebangsaan Padang Air dan Bank Simpanan Nasional.

Kapasiti

3 bilik tidur, 2 bilik air,, ruang tamu dan ruang makan serta dapur yang selesa.

Masih ada 7 lot rumah berkenaan belum dijual setakat ini, seperti berikut:-

Lot No: 14118K Keluasan Tanah: 294 meter persegi Harga: RM192,390.00.

Lot No: 14117K Keluasan Tanah: 297 meter persegi Harga: RM193,490.00.

Lot No: 14116K Keluasan Tanah: 301 meter persegi Harga: RM194,590.00.

Lot No: 14115K Keluasan Tanah: 305 meter persegi Harga: RM195,690.00.

Lot No: 14114K Keluasan Tanah: 308 meter persegi Harga: RM196,790.00.

Lot No: 14113K Keluasan Tanah: 312 meter persegi Harga: RM197,890.00.

Lot No: 14112K Keluasan Tanah: 315 meter persegi Harga: RM198,990.00.


View Larger Map
Click Here!

Harta di Rusila mahu dijual segera

Tanah untuk pembangunan dan perumahan di Rusila Marang. Tanah ini termasuk rumah Banglo sudah siap dibina dan mempunyai penyewa. Keluasan tidak kurang dari 2 ekar. Pemilik mahu berpindah ke temat lain dan mahu jadikan hasil jualan untuk modal pusingan perniagaannya dan mahu berpindah keluar ke tempat lain.

Saya dalam proses berbincang dengan pemiliknya untuk siarkan dalam blog ini dan juga web-web iklan lain termasuk www.mudah.com.my.

Harta berkenaan berharga RM900,000.00.

Saya akan siarkan maklumat dan salinan geran dalam blog ini sehari dua lagi.


Click Here!

Friday, August 8, 2008

Projek Perumahan Alor Jambu, Batu Rakit, Kuala Terengganu




Projek ini ialah membina Rumah Semi D 1 Tingkat bagi keperluan penduduk setempat atau sesiapa sahaja yangberminat.

Mempunyai 12 unit semuanya senarai rumah berkenaan seperti berikut:-


Lot: PT 18777 Keluasan Tanah: 464 meter persegi Harga: RM204,490.00

Lot: PT 18778 Keluasan Tanah: 366 meter persegi Harga: RM203,390.00

Lot: PT 18779 Keluasan Tanah: 365 meter persegi Harga: RM202,950.00

Lot: PT 18780 Keluasan Tanah: 365 meter persegi Harga: RM202,950.00

Lot: PT 18781 Keluasan Tanah: 365 meter persegi Harga: RM202,950.00

Lot: PT 18782 Keluasan Tanah: 364 meter persegi Harga: RM202,400.00

Lot: PT 18783 Keluasan Tanah: 364 meter persegi Harga: RM202,400.00

Lot: PT 18784 Keluasan Tanah: 364 meter persegi Harga: RM202,400.00

Lot: PT18785 Keluasan Tanah: 363 meter persegi Harga: RM202,290.00

Lot: PT18786 Keluasan Tanah: 363 meter persegi Harga: RM202,290.00

Lot: PT18787 Keluasan Tanah: 363 meter persegi Harga: RM202,290.00

Lot: PT18788 Keluasan Tanah: 362 meter persegi Harga: RM201,850.00


Paten rumah berkenaan lebih kurang sama dengan gambar 'skatche' tertera.

Segera telefon 013-9060111 (Suhaimi) untuk tindakan lanjut. Click Here!


Lot pelan 6 pintu kedai 1 tingkat disediakan




Tanah yang hendak dijual kali ini ialah 3 Lot Tanah di Kampung Merchang, Marang, Terengganu.

Lokasi

Terletak di laluan utama Dungun-Kuala Terengganu. Berhampiran Sekolah Kebangsaan Merchang.

Potensi tanah

Ia sesuai untuk didirikan stesen minyak. Boleh juga untuk mendirikan projek perumahan.

No. Lot dan Keluasan

Lot-lot itu masing-masing bernombor PT 9845, PT 9846 dan PT 9847. Keluasan setiap lot ialah 721 meter persegi.

Keistimewaan Tanah

Lot ini telah disediakan pelan untuk pembinaan lot kedai 1 tingkat (6 pintu) dan sekarang dalam proses kelulusan pihak Kerajaan Tempatan (Majlis Daerah Marang).

Kaveat

Tanah ini hanya ada seorang pemilik sahaja. Tiada sebarang sekatan kepentingan (Kaveat) ke atas tanah-tanah ini.

Harga

Harga RM870,000.00 (masih boleh dirunding). Click Here!