Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Wednesday, October 26, 2011

2 bidang tanah berhampiran Lebuhraya Pantai Timur


Dua bidang tanah berhampiran Lebuhraya Pantai Timur di kampung Tok Kolam, Mukim Alor Limbat Marang yang masing-masing berukuran 0.3 hektar mahu dijual dengan harga RM80,000. setiap satu.


Tanah berlot nombor: 12457 adalah pegangan dan milikan selama-lamanya, mempunyai empat nama dan semuanya berhasrat untuk menjualnya dengan harga berkenaan. Harga masih boleh dirunding.

Sementara tanah berlot nombor 12458 yang bertaraf sama dan beridentitikan taraf untuk orang Melayu (sama dengan tanah disebut di atas) mempunyai hanya satu penama.

Tanah-tanah ini masih lagi untuk  kegunaan pertanian (padi), tiada  sebarang sekatan ke atas kedua-dua tanah berkenaan.

Kami sedia menguruskan tukar hakmilik dan status tanah dengan kos jika anda berhasrat untuk membeli tanah ini.

Tuesday, October 25, 2011

5 unit banglo masih tinggal, cepat tempah sekarang

Pelan Struktur
Lima buah rumah banglo dalam 70 peratus pembinaan, memerlukan pembeli segera. Rumah banglo mempunyai empat bilik termasuk tiga bilik tidur dan satu bilik serbaguna  ini (gambar) terletak di Kampung Batu Rakit berhampiran Intititut Perguruan Batu Rakit kira-kira 20 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu.

Struktur rangka konkrit tetulang beal, dinding terdiri dari batu-bata dengan lepaan simen luar dan dalam. Bumbung kepingan genting simen di atas kerangka kayu keras.

Siling pula terdiri dari plaster di dalam bangunan termasuk kepingan silling tanpa asbestos untuk silling yang lain. Tingkap ruang tamu dan bilik diperbuat dari Aliminium frame 'casement' manakala dapur Aliminium frame 'cermin naco' dan bilik air (Aliminium frame "sisir angin').

Pintu utama terdiri dari Aliminium Bergelongsor dan kayu panel, pintu bilik tidur, bilik air dan dapur masing-masing terdiri dari kayu panel, PVC dan papan lapis kalis air.

Kemasan lantai untuk  3 bilik tidur diperbuat dari jubin seramik, 1 bilik serbaguna diperbuat dari lepaan simen manakala ruang tamu dapur atau ruangg makan, bilik air diperbuat dari jubin seramik. Lain-lain diperbuat dari lepaan simen.

Sementara kemasan dinding berukuran 5' 0" terdiri dari jubin gilap untuk bilik air dan dapur.

pelan tanah
Banglo ini turut dipasang dengan pemasangan sanitari terdiri dari tandas dunduk sebanyak tiga buah, sinki dapur aluminium (sebuah) manakala besen basuh tangan dan pancuran mandi masing-masing tiga buah.

Kelengkapan elektrik pula terdiri dari punca lampu sebanyak 19 unit, kait kipas silling (3), punca soket 13 Amp (9), suis satu hala (21) manakala kotak meter dan kotak suis masing-masing seunit.

Harga jualan sekarang sebelum siap sepenuhnya ialah RM310K, akan meningkat jika siap sepenuhnya.

Hanya lima (5) unit lagi masih tinggal. Jika lambat tempah dan buat bayaran anda terlepas peluang untuk dapatkan rumah idaman anda ini.

Tunggu apa lagi, tempat sekarang ditalian 013-9060111 (Suhaimi).