Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Wednesday, October 26, 2011

2 bidang tanah berhampiran Lebuhraya Pantai Timur


Dua bidang tanah berhampiran Lebuhraya Pantai Timur di kampung Tok Kolam, Mukim Alor Limbat Marang yang masing-masing berukuran 0.3 hektar mahu dijual dengan harga RM80,000. setiap satu.


Tanah berlot nombor: 12457 adalah pegangan dan milikan selama-lamanya, mempunyai empat nama dan semuanya berhasrat untuk menjualnya dengan harga berkenaan. Harga masih boleh dirunding.

Sementara tanah berlot nombor 12458 yang bertaraf sama dan beridentitikan taraf untuk orang Melayu (sama dengan tanah disebut di atas) mempunyai hanya satu penama.

Tanah-tanah ini masih lagi untuk  kegunaan pertanian (padi), tiada  sebarang sekatan ke atas kedua-dua tanah berkenaan.

Kami sedia menguruskan tukar hakmilik dan status tanah dengan kos jika anda berhasrat untuk membeli tanah ini.

Tuesday, October 25, 2011

5 unit banglo masih tinggal, cepat tempah sekarang

Pelan Struktur
Lima buah rumah banglo dalam 70 peratus pembinaan, memerlukan pembeli segera. Rumah banglo mempunyai empat bilik termasuk tiga bilik tidur dan satu bilik serbaguna  ini (gambar) terletak di Kampung Batu Rakit berhampiran Intititut Perguruan Batu Rakit kira-kira 20 kilometer dari Bandar Kuala Terengganu.

Struktur rangka konkrit tetulang beal, dinding terdiri dari batu-bata dengan lepaan simen luar dan dalam. Bumbung kepingan genting simen di atas kerangka kayu keras.

Siling pula terdiri dari plaster di dalam bangunan termasuk kepingan silling tanpa asbestos untuk silling yang lain. Tingkap ruang tamu dan bilik diperbuat dari Aliminium frame 'casement' manakala dapur Aliminium frame 'cermin naco' dan bilik air (Aliminium frame "sisir angin').

Pintu utama terdiri dari Aliminium Bergelongsor dan kayu panel, pintu bilik tidur, bilik air dan dapur masing-masing terdiri dari kayu panel, PVC dan papan lapis kalis air.

Kemasan lantai untuk  3 bilik tidur diperbuat dari jubin seramik, 1 bilik serbaguna diperbuat dari lepaan simen manakala ruang tamu dapur atau ruangg makan, bilik air diperbuat dari jubin seramik. Lain-lain diperbuat dari lepaan simen.

Sementara kemasan dinding berukuran 5' 0" terdiri dari jubin gilap untuk bilik air dan dapur.

pelan tanah
Banglo ini turut dipasang dengan pemasangan sanitari terdiri dari tandas dunduk sebanyak tiga buah, sinki dapur aluminium (sebuah) manakala besen basuh tangan dan pancuran mandi masing-masing tiga buah.

Kelengkapan elektrik pula terdiri dari punca lampu sebanyak 19 unit, kait kipas silling (3), punca soket 13 Amp (9), suis satu hala (21) manakala kotak meter dan kotak suis masing-masing seunit.

Harga jualan sekarang sebelum siap sepenuhnya ialah RM310K, akan meningkat jika siap sepenuhnya.

Hanya lima (5) unit lagi masih tinggal. Jika lambat tempah dan buat bayaran anda terlepas peluang untuk dapatkan rumah idaman anda ini.

Tunggu apa lagi, tempat sekarang ditalian 013-9060111 (Suhaimi).




Sunday, October 25, 2009

Hartanah Terbaru

Saya mempunyai beberapa hartanah untuk dijual di Terengganu dan di Semenyih, Selangor.

Pertama, sebidang tanah komersial di Busu 3, Gong Badak Kuala Terengganu yang berkeluasan sekitar hampir 3 ekar.

Saya telah promosikan di link ini

Rumah Double Storey yang akan menerima serahan kunci Disember ini sebanyak dua buah di Semenyih, Selangor. Sila subscribe link ini.

Beberapa hartanah lain seperti link berikut:-

1- Gong Badak.

2- Jalan Marang-Kuantan.

3- Resort di Kelulut Marang.

Saya akan 'upgrade'kan maklumat seterusnya dari semasa ke semasa.

Thursday, December 11, 2008

Rumah Sewa di Jalan ke UDM, UMT


Sesiapa yang bermasalah untuk memperolehi tempat tinggal di sekitar Gong Badak Kuala Terengganu, boleh menyewa rumah baru di Taman Kalongan Impian, Kampung Banggol Air Lilih, Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu.

Rumah Cantik 2 tingkat ini baru sahaja siap dibina, kira-kira 1 tahun yang lalu dan belum pernah diduduki oleh sesiapapun, terletak kira-kira 300 meter dari Pekan Batu 6, Jalan Kelantan, 20 meter pula dari jalan laluan Bulatan Batu 6 ke Gong Badak, Kuala Terengganu. Manakala jaraknya dari bandaraya Kuala Terengganu pula ialah kira-kira 11 kilometer.

Ada 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Harga sewaan ialah RM700.00 sebulan. Pelajar-pelajar terutama yang belajar di Universiti Darul Iman (UDM) atau Kusza, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) atau mereka yang akan berpindah bekerja di Kuala Terengganu patut menyewa rumah ini.

Bagi pelajar berkenaan ada pengangkutan van beroperasi sepanjang hari di sekitar kawasan berkenaan.

Jarak dari universiti-universiti berkenaan kira-kira 8 kilometer. Sesiapa berminat untuk tujuan tersebut sila hubungi saya segera ditalian 013-9060111.

Tuesday, November 11, 2008

Exco lulus tanah 10,000 ekar

Berikutan dengan post yang lepas, saya ingin memaklumkan kepada semua visitor bahawa 10,000 ekar tanah di Kawasan Hutan Lembir Kelantan kini sudah diluluskan permohonan untuk projek sama ada Kelapa Sawit atau Getah.

Berjuta tan balak yang masih belum diteroka sedia untuk dimiliki oleh mana-mana syarikat yang berkemampuan mengeluarkan balak dengan seberapa segera yang boleh dengan membayar sejumlah RM75 juta (boleh dirunding).

Mesyuarat Exco Kerajaan Kelantan telah meluluskan projek tersebut cuma tinggal lagi, syrarikat berkenaan menunggu kelulusan atau tanda tangan dari Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja lagi.

Justeru, syarikat yang mengurus kawasan berkenaan menawarkan kepada mana-mana syarikat yang berdaftar di bawah pendaftar syarikat bagi mengusahakan projek tersebut sekaligus syarikat terbabit menghantar Latter of Intrested (LOI) kepadanya melalui korier seberapa segera yang boleh.

Hanya buyer sahaja dikehendaki berurusan terus dengan syarikat terbabit melalui saya.
Siapa berminat sila hubungi saya di talian 013-9060111 atau hantar e-mail ke seramaesty@yahoo.com.

Monday, November 3, 2008

Esklusif dari Kelantan: Siapa Cepat Dia Dapat.

Kerajaan Kelantan sekarang sedang merancang untuk merintis projek tanaman kelapa sawit dan getah sebanyak 100 ekar di satu kawasan hutan.

Terdapat beribu-ribu tan balak boleh ditebang/dituai segera untuk sesiapa yang berhasrat untuk membeli dan melaksanakan projek Kerajaan negeri Kelantan tersebut.

Tempoh penanaman pokok komersial berkenaan diperuntukkan sebanyak kira-kira 90 tahun.

Harganya tanah projek berkenaan bernilai RM85 juta. Harga boleh dirunding.

Sila hubungi saya untuk tujuan mendapatkan maklumat selanjutnya. 013-9060111

Sunday, November 2, 2008

Banglo Padang Nenas mahu dijual

Sebuah rumah Banglo satu tingkat sekarang mahu dijual. Mempuyai 4 bilik tidur, 3 bilik air, keluasan 500 meter persegi.

Dibina baru kira-kira 3 tahun lalu. Harga RM350,000.00 (boleh dirunding). Hanya untuk pembeli serius sahaja yang mempunyai masalah mendapatkan rumah di sekitar Padang Nenas dalam kadar yang segera.

Sila hubungi saya untuk mendapat keterangan lanjut.

Masa Untuk Menjual Rumah Anda?

Hari ini saya terfikir untuk berkongsi dengan anda mengenai trend ‘Indeks Harga Rumah’ yang saya fikir boleh membantu anda yang ingin membuat keputusan terhadap pelaburan hartanah anda.

Berdasarkan ‘Indeks Harga Rumah’ yang dikeluarkan NAPIC, saya perhatikan trend harga rumah yang berlaku adalah hampir serupa dengan apa yang berlaku pada kitaran 10 tahun sebelum berlaku kegawatan ekonomi 1998.

Berdasarkan tempoh 1989 – 1999 dalam Jadual di bawah, anda dapat perhatikan trend peningkatan indeks harga sehingga tahun 1997 (Indeks 216.8), iaitu pada tahap puncak sebelum ianya jatuh pada tahun berikutnya (1998), pada indeks 196.4. Ianya adalah merupakan tahun ke-8 dalam kitaran tersebut di mana kegawatan berlaku.

Tanah Pulau Kambing Strategik untuk Show Room

Tanah Pulau Kambing, menghendakkan sesiapa yang berminat membelinya. Di lokasi strategik untuk menjadi Show Room Kereta. Di tepi jalan besar, tidak jauh dari Stesyen Pam Minyak Shell Pulau Kambing, Kuala Terengganu.

Keluasan tanah 30,346 kaki persegi dengan harga RM110 per kaki persegi. Tanah Rezab Melayu. Lihat penanda arah lokasi tanah terbabit.

View Larger Map

Masih ada 3 lot tanah di Chendering

Masih ada tiga lot tanah belum dijual di Chendering, berhampiran Istana baru di Bukit Panji Chendering dan bersebelahan Taman Chendering Utama, di belakang Bernas.

(Sila rujuk kepada cadangan pelan tanah)

Lot 5 keluasannya kira-kira 618 meter persegi, lokasi koner lot berharga RM100,000.00, Lot 6 berkeluasan 777 meter persegi berharga RM120,000.00 manakala Lot 7 berkeluasan 838 meter persegi berharga RM130,000.00. Harga masih boleh dirunding.

Berminat sila hubungi saya ditalian 013-9060111 untuk lawatan tapak dan seterusnya bayaran pendaftaran diperlukan sebanyak RM500.00.

Pendahuluan dikenakan sebanyak 10 peratus dari harga tanah dan segala urusan melalui peguam.

Sebagai maklumat tanah ini dalam proses kelulusan pelan. Ia akan diluluskan dalam bulan ini atau bulan depan. Dengan menyelesaikan jual beli melalui peguam perjanjian jual beli lebih teguh dan berkesan.




Cepat Tanah 4.5 ekar akan dibeli segera

Tanah 4.5 ekar di Pulau Kambing berhampiran Pengkalan Perikanan, kini dalam perkiraan untuk dibeli oleh sebuah syarikat operasi perniagaan super market.

Harga tanah ini ialah RM15 juta (harga boleh dirunding). Baru-baru ini saya telah membuat lawatan tapak terhadap tanah berkenaan.

Namun jika sesiapa atau mana-mana syarikat berminat dalam masa terdekat untuk memiliki tanah komersial ini boleh lah segera menghubungi saya untuk perundingan dalam semua aspek.

Bertanda A adalah lokasi tanah berkenaan. Sila bersama saya untuk melawat tapak tanah berkenaan.


View Larger Map


Click Here!

Sunday, September 7, 2008

PROSEDUR RINGKAS JUAL BELI HARTANAH

1. Langkah pertama bayar tempahan, biasanya 2 - 3 peratus daripada harga rumah. Peguam akan menyediakan dokumen perjanjian jualbeli. Resit dan surat tawaran akan diberikan.

2. Dalam masa 14 hari atau lebih, penjual dan pembeli akan dipanggil untuk menandatangani surat perjanjian jual beli. Sekiranya gagal disebabkan pembeli, wang tempahan akan dikira hangus manakala jika penjual menarik diri, pembeli boleh memaksa penjual meneruskan jualan atau memulangkan wang tempahan (rujuk surat tawaran).

3. Pembeli perlu membayar baki deposit semasa perjanjian jual beli ditandatangani (biasanya 10 peratus) kepada penjual.

4. Dalan kes yang membabitkan urusan pejabat tanah atau kerajaan negeri, contohnya yang memerlukan kelulusan atau pelepasan seperti Rizab Melayu, akan diuruskan oleh peguam. Selepas kelulusan diperoleh, barulah urusan menyelesaikan pembayaran diambil kira. Jika hartanah itu tidak memerlukan kelulusan atau pelepasan, tempoh pembayaran dikira dari tarikh perjanjian jual beli.

5. Pembeli mesti menjelaskan baki harga rumah (biasanya 90 peratus) dalam tempoh 90 hari. Sekiranya gagal, pembeli diberi masa 30 hari tambahan dengan faedah dikenakan kepada pembeli yang dikira secara harian. Jika gagal disebabkan bank tidak meluluskan pinjaman maka deposit 10 peratus dikira hangus.

6. Selepas bayaran penuh dibuat, pembeli boleh mengambil alih hartanah. (Dipetik dari Berita Harian 1 September 2008)

Miliki Rumah Impian

Jangan buang masa terlalu lama memilih

Dari hari ke hari harga rumah semakin meningkat terutama unit hartanah di Lembah Klang berikutan peningkatan kos bahan binaan, pembinaan dan upah kerja.

Dalam keadaan sekarang ini, pernahkah terlintas di fikiran kita masih adakah unit rumah yang masih kekal pada harga yang sama dibeli 20 tahun lalu?

Persoalan yang sama juga akan timbul 20 tahun akan datang, masih adakah unit rumah yang dijual pada harga yang ditawarkan ketika ini.

Ini menunjukkan biarpun apa keadaannya, janganlah menunggu masa bertahun-tahun akan datang sebelum mengambil keputusan memiliki rumah sendiri.

Ini kerana dari bulan ke bulan, tahun ke tahun perbezaan harga rumah menjadi semakin ketara.

Harga rumah akan terus meningkat, apatah lagi jika anda memiliki hartanah di kawasan yang pesat membangun, amat menguntungkan kerana pada masa depan nilainya pasti melambung tinggi.

Fikirkan nilainya selepas beberapa tahun kelak dan bagaimana anda mendapat keuntungan apabila anda memilikinya.

Bagi yang berhasrat memiliki kediaman sendiri atau sedang mencari hartanah untuk pelaburan masa depan, jangan gusar kerana banyak iklan hartanah untuk dijual dalam akhbar-akhbar dan internet yang disiarkan oleh ejen-ejen hartanah seperti saya.

Tips membeli rumah impian anda

1. Cuba selak dan perhatikan iklan di mana-amana akhbar harian dan jangan lupa mencari maklumat mengenai kawasan perumahan yang dipilih melalui internet.

2. Perhatikan harga yang ditawarkan, lokasi dan kelebihan sama ada dari aspek komersial dan prasarana yang menghubungkan lokasi dengan tempat kerja dan jalinan lebuhraya paling hampir. Tinjau juga dari apakah laluan yang bakal anda gunakan untuk ke tempat kerja memuaskan atau sering berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk.

3. Buat perbandingan harga dan keluasan kediaman yang ditawarkan. Kemudian bawalah ahli keluarga anda membuat tinjauan ke kawasan dan unit kediaman yang anda rasakan sesuai untuk dibeli itu.

4. Jangan lupa dapatkan maklumat daripada masyarakat setempat mengenai aspek keselamatan dan kejiranannya, selain keperluan setempat yang penting seperti pusat penjagaan harian dan tadika untuk anak yang masih kecil serta sekolah yang berdekatan.

5. Selepas segala-galanya dirasakan sesuai dan menepati cita rasa anda sekeluarga, hubungi ejen hartanah dan tawar menawarlah dengannya, mungkin pemilik boleh memberikan sedikit diskaun seperti yang diminta dengan persetujuan ejen.

6. Sekiranya anda berminat membeli rumah yang bakal dibina, pastikan anda memilih pemaju yang berwibawa dan tidak ada sejarah pembinaan terbengkalai atau projek perumahan yang tidak memuaskan. (Petikan dari Berita Harian 1 September 2008) Click Here!

Monday, August 25, 2008

Tanah di Tok Jembal berhampiran Airport Sultan Mizan

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mizan sedang pesat dibina. Tanah dan rumah berhampiran menjadi rebutan setiap orang yang mahu menanam modal dan mendapat untung besar di kawasan tersebut.

Mereka berlumba-lumba membeli rumah dan tanah sekitar kawasan itu. Terdapat satu lot tanah kira-kira 430 meter persegi serta sebuah rumah kayu yang agak luas juga mahu dijual di Kampung Tok Jembal berhampiran dengan Sekolah Kebanngsaan Tok Jembal dan juga tidak jauh dari situ.

Pembeli dapat terus tinggal di rumah berkenaan, cuma bersihkan halaman dan dalaman rumah dari habuk serta sampah sarap sahaja.

Harganya tidak mahal sekitar RM120,000 sahaja. Harga ini boleh lagi dirunding. Sila call saya segera ditalian 013-9060111 atau email: seramaesty@yahoo.com.

Tanah dan rumah ini untuk 'direct buyer' sahaja. Click Here!

Saturday, August 23, 2008

Tidak rugi beli tanah

Tidak rugi sesiapa yang berhasrat untuk membina kekayaan melalui pembelian tanah kerana harga tanah tidak akan turun dalam waktu terdekat (biasanya ia akan naik dari semasa ke semasa).

Saya syorkan cuab anda semak semula apa-apa tanah yang saya tawarkan dalam blog ini. Yang terbaru ialah tanah di Pulau Kerengga sebagaimana saya postkan sebelum ini. Click Here!

Tuesday, August 19, 2008

Tanah berhampiran Penjara Terbuka Marang 3 Lot



Tanah terbaru mahu dijual hari ini ialah 3 Lot Tanah di Mukim Pulau Kerengga kira-kira 200 meter dari Penjara Terbuka Marang.

Nombor Lot tanah tersebut ialah PT 22861, 22855 dan satu lot lain semuanya berukuran 775 meter persegi sesuai untuk rumah banglo dan lain-lain. Lot asalnya ialah Lot 3908 GM 1991 Mukim Pulau Kerengga.

Boleh buat rumah dengan segera. Plan banglo sudah diangkat ke Majlis Daerah Marang. Dijangka akan diluluskan sebulan lagi.

Tanah ini berstatus Tanah Orang Melayu berada pada kedudukan lot kedua dari jalan besar Kuala Terengganu-Marang.

Harga satu lot ialah RM70,000.00 (masih boleh dirunding). Hanya pembeli serius sahaja (direct buyer) dikehendaki.

Sesiapa berminat sila menelefon saya di talian 013-9060111 atau e-mail seramaesty@yahoo.com


Click Here!

Saturday, August 16, 2008

Tanah berhampiran lombong emas di Kg. Paya Marang


Marang mempunyai keindahan pantai dan pulaunya tersendiri. Marang turut mempunyai emas diperut buminya. Pernah terkenal dengan Perlombongan Emas Awam sekitar 1980-an. Kini masih terdapat emas di daerah tersebut khususnya di Rusila.

Sebidang tanah berhampiran lombong emas swasta di Kampung Paya Mukim Rusila kini terbuka untuk jualan.

Wakil tuan tanah (nama dirahsiakan) telah berjumpa saya dan mengajak saya melawat tanah berkenaan (Lihat pelan kasar).

Ia agak berhampiran dengan lombong emas berkenaan. Tanah itu berpotensi untuk didirikan chalet dan rumah banglo.

Status tanah berkenaan ialah 'freehold'. Terdapat 10 lot tanah di situ. Pemilik berhasrat menjual semua sekali dengan harga RM350,000.00.

Bagaimanapun hanya 4 lot sahaja (Yang tidak bertanda bulat) beliau sanggup menjualnya jika tidak ada pembeli yang ingin membeli semua tanah miliknya itu.

Harga satu lot ialah RM35,000.00 (masih boleh dirunding).

Harta mahu dilelong di Sentol Patah, Marang

Masalah kewangan sering menghantui peniaga sama ada kecil atau konglomerat. Kadang kala mendorong seseorang itu menjual harta yang ada untuk mendapatkan wang bagi meneruskan perniagaan yang dibina sekian lama.

Saya mempunyai seorang pelanggan yang menghadapi masalah ini. Beliau seorang peniaga emas di sekitar Marang (nama dirahsiakan) telah menemui saya suatu ketika di satu tempat di daerah tersebut menceritakan masalahnya untuk menjual hartanya itu bagi mendapatkan wang berkenaan.

Hartanya termasuk dua buah banglo dan kira-kira 3 ekar tanah (gambar) yang sudah dipecah 12 lot (3 lot sudah dijual) bernilai RM900,000.00 terletak di Kampung Sentol Patah, kira-kira 6 kilometer dari bandar Marang (menghala ke Wakaf Tapai).

Setiap satu lot keluasannya ialah 590 meter persegi.

Tanah ini berstatus Freehold dan tanah berkenaan akan meningkat lagi harganya di masa akan datang kerana di sekitar perkampungan itu sudah banyak didirikan kawasan perumahan oleh pihak pemaju dan syarikat-syarikat tertentu.

Tanah berkenaan sesuai untuk didirikan rumah banglo dan lokasinya tidak jauh dari bandar Marang. Ia terletak dalam suasana kampung yang aman dan damai serta mempunyai kemudahan jalan raya dan infrastruktur lain.

Pembeli yang 'intrested' sahaja diharapkan menghubungi saya segera di talian 013-9060111 atau email seramaesty@yahoo.com

View Larger Map

Sunday, August 10, 2008

10 Lot Tanah di Kg. Paya akan dijual

Hari ini, ketika saya ada sedikit urusan perniagaan di Kuala Terengganu, tiba-tiba ada seorang hamba Allah dari Marang, ingin meminta saya menjual tanahnya kira-kira 10 lot di Kampung Paya, Kijing.

Beliau bertanyakan sama ada saya agent hartanah atau tidak. Saya berterus-terang saya adalah agent tersebut.

Beliau ingin menjual tanah setiap satu berukuran 497 meter persegi. Saya akan bertemu beliau sedikit masa lagi dan membincang tentang semua perkara berkait dengan tanah berkenaan, khususnya masalah harga.

Saya akan postkan maklumat berkenaan dengan tanah berkenaan di blog kesayangan ini tidak lama lagi selepas satu pertemuan diadakan antara beliau dengan saya sedikit masa lagi.

Sebagai maklumat, Kampung Paya terletak di tepi pantai Muara Sungai Marang (kira-kira 18 kilometer dari Kuala Terengganu). Kira-kira 20 tahun lalu ramai pelancong datang berkunjung ke situ untuk bersantai di tepi pantainya tetapi kini ia tidak lagi begitu.

Ini kerana keindahan pantainya kini terhakis akibat projek pembangunan tambak muara sungai itu berharga tidak kurang RM7 juta.

Pelancong kebanyakan akan menuju ke Pualau Kapas untuk bersantai dan Pulau Kapas juga merupakan satu destinasi pelancong terkenal di Pantai Timur.

Bagaimanapun Kampung Paya sebuah kampung istimewa kerana terletak di pinggir bandar Marang yang keluasannya tidak sebesar mana. Agaknya hanya dalam sekitar 700 meter sahaja. Segala kemudahan termasuk masjid baru, Pejabat Tanah dan Daerah serta Pasar memang tersedia di badar ini.

Tunggu posting terbaru saya berhubung dengan tanah berkenaan.

  • (Gambar) Satu pemandangan indah di Pulau Gemia berhampiran Pulau Kapas. 10 tahun lalu saya pernah berkunjung ke pulau ini dan pernah menginap di resort yang ada di pulau tersebut.

Xomax - Natural Male Enhancement

Tanah di Lerek dalam proses perundingan jual-beli

Saya mempunyai seorang pelanggan yang mahu membeli tanah Lot No. 34174 (13) Kampung Lerek, Gemuroh, Kuala Terengganu berkeluasan 438 meter persegi berharga R26,000.00 (boleh dirunding).

Nama beliau ialah Azman (bukan nama sebenar) tinggal di sekitar Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Dari semalam menelefon saya bertanyakan tanah berkenaan tetapi petang ini (jam 5.10 petang) barulah saya berjaya membawa beliau melawat tanah berkenaan yang letaknya di tepi sebuah padang bola awam yang dikatakan tanah rezab kerajaan.

Tanah Lot ini adalah tanah lot terakhir yang mungkin akan terjual tidak lama lagi yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Sekitarnya masih ada belukar yang dikatakan menjadi sarang penjudi di kampung berkenaan. Tanah di kawasan itu agak tinggi sikit dan perlu dibuang untuk menjadi rata setara padang bola bersebelahan.

Jika kawasan ini dibersihkan insya Allah masalah menjadi kawasan perjudian dapat diselesaikan sedikit sebanyak.

Difahamkan hanya tinggal tanah itu sahaja satu lot yang belum dijual. Azman meminta salinan geran kasar tanah berkenaan. Saya membuat satu salinan tanah itu dan serahkan kepada beliau.

Azman meminta harga dikurangkan. Saya kata, beliau boleh mengurangkannya ikut berapa yang dikehendakinya dan saya akan pertimbangkannya jika berpatutan.

Setakat ini saya belum lagi membuat keputusan berapa harga yang dia mahu dan saya nasihatkan beliau supaya menyemak status tanah berkenaan di Pejabat Tanah Kuala Terengganu untuk mengetahui apa kedudukan sebenar tanah tersebut sama ada ada apa-apa 'kaveat' (sekatan) atau ia dalam perancangan projek kerajaan.

Jika ia dalam perancangan pembangunan kerajaan saya rasa tanah berkenaan boleh dibeli untuk mendapat laba berlipat kali ganda di kemudian hari kerana harga pasaran tanah berkenaan di kawasan itu pun dikatakan turut meningkat dari semasa ke semasa.

Kampung Lerek adalah sebuah perkampungan yang jauhnya sekitar 15 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.

Nampaknya tanah berkenaan berada di kawasan agak berbelukar di tepi kampung. Ia tidak menjadi masalah untuk dibersihkan menjadi kawasan perumahan dan perkampungan yang sihat dari pengaruh judi di kawasan berkenaan.

Itu bergantung kepada kemuafakatan pemilik tanah di situ yang terdiri dari guru-guru sekolah kerajaan yang dikatakan ingin mewujudkan satu koperasi entah untuk apa tujuan, saya tidak mendapat maklumat secara jelas.

Bagaimanapun mereka dikatakan gagal mewujudkan koperasi berkenaan dan akhirnya mereka terpaksa menjual tanah itu kepada orang ramai.

Tanah tersebut mempunyai tiga nama, semuanya guru sekolah dan ia tidak menjadi masalah untuk menukar nama pada geran di masa akan datang kerana mereka semua berjanji untuk memberi kerjasama sepenuh untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun tanah ini masih dalam perundingan untuk dijual. Bergantung kepada kesanggupan Zamri. Beliau akan memberiahu keputusan sehari dua lagi.

Jika beliau jadi atau tidak jadi membelinya, saya akan memaklumkan kepada anda dan postkan ke blog ini.

Saya turut mempunyai tanah-tanah lain untuk dijual sebagaimana saya postkan maklumatnya sebelum ini.

Jika anda mempunyai perancangan untuk membeli dan menjual tanah atau rumah anda boleh hubungi saya dengan menelefon 013-9060111 atau menghantar e-mail ke seramaesty@yahoo.com. Click Here!