Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Sunday, April 27, 2008

Freehold vs Leasehold

Walaupun perkara ini banyak kali telah dibincangkan, sekali lagi saya suka untuk membawa isu ini kepada anda kerana ianya asyik ditanya dan menjadi persoalan utama kepada ramai orang apabila ingin membeli hartanah.

Ramai diantara kita apabila ditanya jika ingin membeli rumah adakah penting untuk memilih ‘freehold’ (pegangan bebas) berbanding ‘leasehold’ (pajakan)… sudah tentunya saya yakin hampir kesemuanya akan mengatakan lebih baik untuk membeli hartanah freehold… termasuklah saya.. :)

Tetapi persoalan di sini adalah.. Adakah sememangnya tidak disyorkan untuk membeli hartanah leasehold? Dengan banyak projek-projek baru yang leasehold adakah kita masih perlu mencari hartanah freehold walaupun ianya terletak jauh diceruk kawasan yang kita sendiri tidak mahu tinggal di situ?


Jika anda tinggal di kawasan Lembah Klang, anda akan dapat memerhatikan bahawa kebanyakan projek yang dibangunkan di negeri Selangor dan berhampiran Kuala Lumpur (Lembah Klang), ianya adalah di bawah pegangan 99-tahun pajakan. Melainkan anda ingin membeli di kawasan yang jauh daripada pusat bandar, seperti di Rawang ataupun Kelang, barulah anda mungkin dapat membeli hartanah freehold dengan mudah.

Persoalan di sini adalah, jika anda ingin membeli hartanah (katakan sebuah rumah) di suatu kawasan yang terletak berhampiran tempat kerja anda dan juga Lembah Klang dan ianya adalah hartanah di bawah pegangan pajakan (leasehold), Adakah ianya berbaloi dan haruskah anda meneruskan niat pembelian tersebut?

Perkara pertama yang perlu anda tanya diri anda adalah.. Adakah terdapat pilihan lain yang merupakan hartanah freehold ataupun mempunyai pegangan pajakan lebih panjang daripada yang anda ingin beli (dengan bajet yang lebih kurang sama)?

Jika tiada, maka anda bolehlah pertimbangkan untuk pembelian tersebut tetapi dengan beberapa faktor lain yang perlu dipertimbangkan.

Jika anda membeli hartanah baru, pegangan freehold dan 99-tahun pajakan tiada jauh bezanya kerana secara logiknya, 99-tahun melebihi purata 1 generasi untuk didiami. Di Malaysia, perbezaan hartanah baru yang freehold dengan 99-tahun leasehold juga tidak banyak bezanya seperti negara-negara lain. Jika anda membeli hartanah ’second-hand’, maka di sini anda perlu lebih berhati-hati kerana terdapat beberapa perkara yang perlu anda pertimbangkan.

Pertama: Semak berapa tahun baki pajakan hartanah tersebut. Kebanyakan hartanah diberikan pajakan 99-tahun (zaman dahulu mempunyai tempoh lebih pendek seperti 60 tahun) dan selepas beberapa tempoh, baki pajakan semakin pendek dan adalah kritikal untuk dipertimbangkan. Jika baki pajakan hartanah tersebut masih mempunyai 75 tahun atau lebih, tidaklah menjadi isu untuk anda meneruskan pembelian hartanah tersebut. Jika kurang daripada tempoh tersebut, anda perlu pertimbangkan faktor berikutnya…

Kedua: Lokasi hartanah tersebut. Sesetengah hartanah leasehold terletak di kawasan yang strategik dan mempunyai permintaan yang baik terutamanya dari segi penyewaan. Oleh itu, jika hartanah yang ingin dibeli mempunyai baki pajakan kurang daripada 75 tahun tetapi masih melebihi tempoh 60 tahun maka anda masih boleh mempertimbangkan untuk membelinya dengan syarat harga hartanah tersebut secara relatifnya tidak tinggi berbanding hartanah lain di sekitarnya yang mempunyai ciri yang sama, pajakan yang lebih panjang dan/atau lokasi yang lebih baik.

Ketiga: Pajakan kurang 60-tahun. Jika boleh, adalah dinasihatkan anda mencari alternatif lain terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membeli hartanah jenis ini. Walau bagaimanapun terdapat hartanah di dalam kategori ini yang masih boleh dipertimbangkan pembeliannya kerana faktor lokasi dan bekalan yang terhad. Sebagai contoh adalah rumah banglo di Seksyen 1-5, Petaling Jaya. Walaupun kawasan ini mempunyai baki pajakan yang pendek, permintaan untuk pembelian masih ada kerana faktor tersebut selain harga yang rendah.

Walau bagaimanapun, anda hendaklah mengambil perhatian bahawa sesetengah bank tidak memberikan pembiayaan kepada pembelian hartanah yang baki tempoh pajakannya adalah pendek seperti kurang daripada 50 tahun. Walaupun terdapat sesetengah bank yang lain memberikan pembiayaan, kebiasaannya margin pinjaman adalah rendah seperti 60% atau kurang. Oleh itu, jika anda benar-benar sukakan sesuatu hartanah leasehold yang mempunyai baki pajakan pendek (mungkin kerana rekabentuk, lokasi dsb) maka anda haruslah mempertimbangkan faktor pembiayaan tersebut.

Sebagai kesimpulan daripada penjelasan ringkas di atas maka bolehlah saya katakan bahawa tidak semestinya semua pembelian hartanah itu adalah Freehold memandangkan ianya semakin berkurangan dan harga yang mahal. Jika terdapat hartanah lain di kawasan yang sama dengan ciri-ciri yang sama atau lebih baik disamping harga yang lebih rendah, maka bolehlah anda pertimbangkan pembeliannya walaupun ianya adalah hartanah Leasehold.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pendapat mengenai isu ini, saya amat-amat mengalukan anda untuk menyatakannya disini. Semoga dengan adanya pendapat anda, isu ini akan dapat dibincangkan dengan lebih baik lagi untuk kefahaman dan kebaikan semua. Sekian..


Tag: , , , , ,

Rezab Melayu untuk Bukan Melayu?

Ini sudah tentunya satu topik yang menarik untuk semua..

Terdapat cadangan bahawa tanah-tanah rizab Melayu boleh dipajakkan kepada bukan Melayu. Walau bagaimanapun ini sudah tentunya dengan beberapa sekatan yang perlu ditetapkan. Pada peringkat ini, ianya masih di dalam cadangan dan usaha-usaha sedang dilakukan supaya hartanah-hartanah rizab Melayu dapat ditingkatkan lagi nilainya dengan membuat pindaan terhadap Enakmen Rizab Melayu (ERM).

Antara cadangan tersebut adalah dengan membenarkan tanah rizab Melayu dipajakkan kepada bukan Melayu untuk suatu tempoh tidak melebihi 60 tahun. Ini adalah supaya pasaran terhadap hartanah tersebut dapat diperluaskan lagi dan seterusnya meningkatkan nilai terhadap hartanah tersebut. Tetapi adakah ianya suatu langkah yang wajar? Adakah ianya akan berlaku seperti apa yang diharapkan?


Tag: ,
, ,

Tanah murah di Chendering 1/2 ekar RM80,000

Tanah murah di Chendering berhampiran rumah Dr. Sulaiman. Keluasannya ialah 0.2404 hektar (0.5 ekar). Tanah ini bersebelahan juga dengan Kawasan pembinaan resort baru.

Sila rujuk penunjuk peta terbaru lokasi tanah terbabit. Jalan masuk melalui jalan ke resort masih belum bertar. Tetapi kepesatan pembangunan di situ tidak sukar untuk membina jalan bertar di masa yang terdekat memandangkan ada resort di bersebalahan tanah tersebut sedang dalam pembinaan.

Status tanah ini ialah Dusun Nyior. Tidak sukar untuk ditukar status pembangunan dalam beberapa bulan di negeri Terengganu. Bagaimanapun tanah ini perlu ditambun sedikit untuk tujuan pembinaan perumahan atau rumah kediaman.

Tanah ini bernilai RM80,000.00.

Siapa cepat dia dapat...


Sila hubungi saya segera di talian 013-9060111.

Di bawah ini, yang bertanda + adalah lokasi tanah berkenaan dari satelite Google.


Saturday, April 26, 2008

Makluman!

Kepesatan pembangunan Terengganu mendorong berlakunya perubahan harga hartanah dalam kitaran enam bulan atau kurang dari itu.

Apa lagi dengan fenomena ekonomi yang tidak menentu yang didominasikan oleh kenaikan harga minyak dunia dewasa ini.

Saya maklumkan perkara ini kepada anda supaya anda tidak terkejut jika berlaku perubahan harga tanah dalam jangka masa tersebut.

Harap maklum.


Click Here!

Tanah 3 dalam 1

Sebidang tanah di Kampung Paya Resak Marang, (12 kilometer dari Kuala Terengganu) kini memerlukan pembeli dalam kadar segera.

Tanah berkenaan sudah dipecah lot kepada enam lot. dua sudah dijual, empat lagi masih berbaki. Tanah berkenaan berukuran kira-kira satu ekar dibahagi enam. Ketika saya meninjau keadaan tanah berkenaan hari ini, mendapati tanah berkenaan mempunyai fungsi tiga dalam satu.

Pertama ia mempunyai tanaman pokok getah kira-kira dalam 30 batang yang masih boleh ditoreh untuk mendapatkan susunya. Umur getah berkenaan dalam lingkungan tujuh tahun. Kedua, tanah ini agak tinggi dan boleh dijual jika tanah itu mahu dilabelkan sebagai tapak rumah. Ketinggiannya kira-kira 2 kaki dari jalan.

Ketiga, status tanah ini ialah pembangunan. Boleh digunapakai untuk mendirikan apa-apa jenis kediaman yang berkenan di hati.

Dua lot yang telah dijual bersebelahan tanah ini sudah dilabelkan untuk tujuan mendirikan rumah baru.

Harganya ialah RM50,000.00 selot. Dan harga berkenaan masih boleh dirunding. Saya cadangkan beli sahaja empat lot tanah itu untuk memudahkan urusan tebang tebas dan keluarkan tanah lebihan dari lot-lot berkenaan.


Bagi sesiapa yang ingin mendirikan rumah di kawasan yang agak tenang dan jauh dari hiruk pikuk bandar atau mahu jadikan tanah ini sebagi aset masa depan, ia sesuai untuk dimiliki.

Cepat...siapa cepat dia dapat. Sila emailkan kepada saya untuk rundingan dan belian.

Di bawah ini saya paparkan visual tanah berkenaan. Sila klik.




Click Here!

Harga Tanah tidak menentu

Harga tanah tidak menentu melihat sejauh mana kawasan tanah terbabit berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan perumahan atau sebaliknya.

Jika kawasan berkenaan, dalam perancangan pembangunan kerajaan atau berhampiran dengan pusat bandar atau pusat komuniti seperti sekolah, pejabat dan kawasan perindustrian sudah pasti dia agak mahal berbanding tanah dalam kampung.

Selot tanah (kira-kira 1 ekar bagi lima) yang terletak di Kampung Bukit Bayas berharga RM145,000.00. Tanah pembangunan dan ia milik Melayu. Bagaimanapun perlu ditambun kerana ia berhampiran kawasan tepi sungai derhaka, Kuala Terengganu (kira-kira 7 kilometer dari Bandaraya Kuala Terengganu).

Tanah bukan terlalu hampir dengan sungai. Ada satu tanah lain yang dipenuhi pokok baran berhampiran dengan tanah ini.

Klik visual di bawah untuk melihat persekitaran tanah berkenaan.

Tips: Setiap tanah yang telah dipecah lot statusnya ialah pembangunan, harap maklum.




Click Here!

Sungai Derhaka punya tanah berpotensi

Kampung Sungai Derhaka yang jauhnya kira-kira 7 kilometer dari Kuala Terengganu juga satu kampung yang menjadi tumpuan manusia yang mahu mencari tapak rumah di suasana kampung yang tenang dan jauh dari hiruk pikuk bandar.

Kampung yang terletak di pinggir bandar ini terdapat banyak tanah yang mahu dijual oleh penghuninya termasuk tanah yang saya siarkan melalui visual dalam artikel ini.

Tanah ini berkeluasan 1 lot (1 ekar dibahagi 6) mempunyai jalan masuk, walaupun masih tidak bertar, ia suatu kawasan perumahan yang berpotensi untuk setahun dua lagi kerana banyak terdapat tanah-tanah yang telah ditambun di sekitarnya.

Saya menganggarkan perbelanjaan untuk tambun tanah ini hanya memerlukan sekitar RM12,000 sahaja.

Harga tanah ini ialah sekitar RMRM75,000.00 sahaja dan ia masih boleh dirunding. Sila klik visual di bawah, untuk melihat gambaran sepintas lalu tanah berkenaan dan jika berminat sila telefon (013-9060111) atau email saya segera ke seramaesty@yahoo.com.




Click Here!