Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 
Showing posts with label jual rumah segera. Show all posts
Showing posts with label jual rumah segera. Show all posts

Wednesday, June 18, 2008

Semi D, single storey kg Duyung Seb Takir - RM350 Ribu





Rumah ini antara rumah yang cantik yang pernah saya temui di Kuala Terengganu, di Kampung Duyong, sebuah kampung nelayan yang tercatat pelbagai sejarah dan keunikannya tersendiri.

Di Kampung inilah wujudnya perusahan membuat bot atau perahu layar terkenal di seluruh dunia di samping di muaranya menjadi Destinasi pertandingan perahu layar terkenal Monsoon Cup setiap msim tengkujuh tiba.


Ia damai didamaikan dengan sebuah taman Indah 'Taman Melayu Nusantara'.

Rumah ini memiliki 4 bilik tidur dan dua bilik air, terletak 500 meter dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mizan dan Stadium Sultan Mizan, berharga RM350 ribu.

Sesiapa yang berminat memiliki rumah ini, sila hubungi saya segera melalui email seramaesty@yahoo.com atau telepon 013-9060111.

Friday, May 9, 2008

Anda bermasalah?

Lama saya tidak hantar berita terbaru tentang hartanah yang saya cukup minati ini. Kali ini saya akan ceritakan suatu maklumat baru (mungkin bagi mereka terbabit mereka akan berkata, "kamu baru tahu, orang dah lama buat harta, jadi jutawan dengan benda ni...).

Biarkan saja cakap-cakap mereka itu. Saya tidak mahu menjelaskan apa sebenarnya berlaku di sebalik cakap-cakap serupa itu. Mungkin satu hari nanti saya akan menceritakannya tetapi tidak sekarang.

Kenapa? Saya belum jadi jutawan lagi. Nanti saya akan ceritakan cerita jutawan hartanah ini selepas saya benar-benar menjadi jutawan.

Bagaimanapun hari ini saya mahu menyelesaikan masalah insan yang bermasalah. Siapa? Datuk Siti Nurhaliza ke? Takkan saya boleh sampai begitu sekali nak selesaikan masalah manusia glamour tu. Jangan mengarutlah.

Dia ada masalah apa? Nak bercerai dengan Datuk K? Tak adalah. Saya mahu selesaikan masalah insan yang mahu jual rumahnya dalam kadar segera kerana masalah peribadi yang tidak dapat diselesaikan melainkan menjual rumah berkenaan.

JIKA ANDA ORANGNYA SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN 013-9060111 ATAU E-MAIL seramaesty@yahoo.com.

Setakat ini saja hari ini jumpa lagi lain kali, terima kasih.

Click Here!