Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Saturday, May 10, 2008

Maklumat Lot 8966, Mk. Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan





Nama Projek


Lot 8966, Mk. Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan




Keluasan

6.0 ekar



Status Tanah

Tukar syarat tanah pertanian kepada kediaman telah diluluskan dan kini dalam proses urusan pecah sempadan untuk pengeluaran hakmilik individu.


Status Projek

Tanah sendiri.


Catitan:

Dicadangkan 30 unit lot banglo




Tanah Mukim Rawang, Selangor: 11 Lot belum terjual

Nama Projek


Lot 2433, 2434, 2739 dan 2740, Kuang, Mukim Rawang, Daerah Gombak, Selangor D.E






Keluasan

7.2 ekar



Status Tanah

  • Tanah ini berstatus pegangan bebas (Freehold) & rezab Melayu
  • Tanah ni telah mempunyai hakmilik (geran) individu
  • Keluasan tanah antara 5,000 kps ke atas

Status Projek

  • Keseluruhan lot banglo adalah 34 lot
  • 29 lot telah dijual
  • 11 lot telah dibina rumah dan didiami
  • 5 lot ditawarkan untuk dijual
  • Dijual dengan harga RM26/kps

Catitan


Kediaman Yang Penuh Kedamaian :

Kuang merupakan sebuah perkampungan moden yang majoriti penduduknya terdiri daripada masyarakat Melayu. Satu-satunya perkampungan yang masih mengekalkan suasana kehijauan yang menikmati suasana nyaman dan tenang. Terletak di dalam Mukim Rawang, Selangor.

  • Di persekitaran kawasan ini mempunyai wawasan pembangunan yang tersendiri di samping masih mengekalkan tradisi keMelayuan
  • Hanya memerlukan 5 minit sahaja untuk sampai ke Bandar Baru Sg Buloh dan Bukit Rahman Putra, 25 minit sahaja untuk sampai ke Pusat Bandar Kuala Lumpur atau Shah Alam
  • Lokasinya berhampiran dengan Sekolah Menengah Teknik, Sekolah Kebangsaan Kuang, Sekolah Kebangsaan & Menengah Bukit Rahman Putra
  • Berhampiran dengan persimpangan Guthrie Corridor Express-way
  • Laluan mudah ke utara melalui Rawang

Friday, May 9, 2008

Anda bermasalah?

Lama saya tidak hantar berita terbaru tentang hartanah yang saya cukup minati ini. Kali ini saya akan ceritakan suatu maklumat baru (mungkin bagi mereka terbabit mereka akan berkata, "kamu baru tahu, orang dah lama buat harta, jadi jutawan dengan benda ni...).

Biarkan saja cakap-cakap mereka itu. Saya tidak mahu menjelaskan apa sebenarnya berlaku di sebalik cakap-cakap serupa itu. Mungkin satu hari nanti saya akan menceritakannya tetapi tidak sekarang.

Kenapa? Saya belum jadi jutawan lagi. Nanti saya akan ceritakan cerita jutawan hartanah ini selepas saya benar-benar menjadi jutawan.

Bagaimanapun hari ini saya mahu menyelesaikan masalah insan yang bermasalah. Siapa? Datuk Siti Nurhaliza ke? Takkan saya boleh sampai begitu sekali nak selesaikan masalah manusia glamour tu. Jangan mengarutlah.

Dia ada masalah apa? Nak bercerai dengan Datuk K? Tak adalah. Saya mahu selesaikan masalah insan yang mahu jual rumahnya dalam kadar segera kerana masalah peribadi yang tidak dapat diselesaikan melainkan menjual rumah berkenaan.

JIKA ANDA ORANGNYA SILA HUBUNGI SAYA DI TALIAN 013-9060111 ATAU E-MAIL seramaesty@yahoo.com.

Setakat ini saja hari ini jumpa lagi lain kali, terima kasih.

Click Here!

Friday, May 2, 2008

Tanah Pelancongan Kijal RM420 ribu

Ada individu atau syarikat yang gemar menjadikan tanah tepian pantai sebagai platform untuk mengembang perniagaannya dalam bidang pelancongan.

Seluruh dunia membuktikan tepian pantai menjadi destinasi pelancongan yang diminati termasuk di Hawaii, Filipina, Miami, Amerika Syarikat, Phuket, Thailand dan kebanyakan destinasi di Malaysia termasuk Bali, Indonesia, Cherating, Pahang, Pulau Redang, Kuala Terengganu dan lain-lain.

Kijal, Kemaman, terkenal dengan kawasan peranginan menarik, mempunyai pantai putih bersih bagaikan kulit si dara manja. Di situ terletak Awana Kijal, resort popular milik sebuah syarikat Kuala Lumpur.

Terdapat 3 ekar tanah berhampiran yang ingin dijual dengan harga RM420,000.00. Ia sesuai untuk syarikat atau individu yang ingin membina resort pelancongan bagi kemudahan berkunjung dan berehat pelancong dalam dan luar negeri.

Jika berminat sila hubungi saya di talian 013-9060111 atau emailkan kepada saya seramaesty@yahoo.com.




Click Here!

Tanah berhampiran Lapangan Terbang RM70 ribu selot

Anda mahu melihat Kapalterbang turun naik di hadapan rumah anda di Kuala Terengganu? Saya ada cadangan untuk anda.

Terdapat tiga lot tanah berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud Kuala Terengganu, berukuran 70 kaki persegi (528 meter persegi) tanah empat persegi, memerlukan pembeli sekarang.

Harganya ialah RM70,000.00 selot. Segera hubungi saya sekiranya berminat.


Click Here!

Tuesday, April 29, 2008

Ladang Kelapa Sawit 16 Ekar di Setiu

Setiu terkenal dengan tanah ladang kelapa sawitnya. Kelapa sawit adalah tanaman komoditi yang menghasilkan pendapatan yang lumayan juga kepada pemiliknya. Harga buahnya sedang meningkat naik sekarang.

Justeru saya menawarkan 16 ekar tanah tersebut kepada sesiapa yang berminat memiliki tanah ini. Harganya hanya RM20,000.00 seekar sahaja. Harga ini masih boleh dirunding.

Jika berminat hubungi saya segera di talian 013-9060111 atau emailkan kepada seramaesty@yahoo.com.

Tag: , , , , ,

Tanah untuk menternak lembu 5 ekar di Kemasik

Kemasik, Kemaman merupakan satu daerah yang ada potensi untuk berkembang maju di masa depan.

Bagi mereka yang suka berkebun dan memelihara ternakan seperti lembu, saya tawarkan sebidang tanah seluas 4.8 ekar untuk tujuan tersebut.

Sudah tentu tanah ini berstatus pertanian. Harganya tidak mahal sekitar RM90,000.00 sahaja.

Sila respond untuk tindakan lanjut.


Tag: , , , , ,