Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Saturday, April 26, 2008

Makluman!

Kepesatan pembangunan Terengganu mendorong berlakunya perubahan harga hartanah dalam kitaran enam bulan atau kurang dari itu.

Apa lagi dengan fenomena ekonomi yang tidak menentu yang didominasikan oleh kenaikan harga minyak dunia dewasa ini.

Saya maklumkan perkara ini kepada anda supaya anda tidak terkejut jika berlaku perubahan harga tanah dalam jangka masa tersebut.

Harap maklum.


Click Here!

Tanah 3 dalam 1

Sebidang tanah di Kampung Paya Resak Marang, (12 kilometer dari Kuala Terengganu) kini memerlukan pembeli dalam kadar segera.

Tanah berkenaan sudah dipecah lot kepada enam lot. dua sudah dijual, empat lagi masih berbaki. Tanah berkenaan berukuran kira-kira satu ekar dibahagi enam. Ketika saya meninjau keadaan tanah berkenaan hari ini, mendapati tanah berkenaan mempunyai fungsi tiga dalam satu.

Pertama ia mempunyai tanaman pokok getah kira-kira dalam 30 batang yang masih boleh ditoreh untuk mendapatkan susunya. Umur getah berkenaan dalam lingkungan tujuh tahun. Kedua, tanah ini agak tinggi dan boleh dijual jika tanah itu mahu dilabelkan sebagai tapak rumah. Ketinggiannya kira-kira 2 kaki dari jalan.

Ketiga, status tanah ini ialah pembangunan. Boleh digunapakai untuk mendirikan apa-apa jenis kediaman yang berkenan di hati.

Dua lot yang telah dijual bersebelahan tanah ini sudah dilabelkan untuk tujuan mendirikan rumah baru.

Harganya ialah RM50,000.00 selot. Dan harga berkenaan masih boleh dirunding. Saya cadangkan beli sahaja empat lot tanah itu untuk memudahkan urusan tebang tebas dan keluarkan tanah lebihan dari lot-lot berkenaan.


Bagi sesiapa yang ingin mendirikan rumah di kawasan yang agak tenang dan jauh dari hiruk pikuk bandar atau mahu jadikan tanah ini sebagi aset masa depan, ia sesuai untuk dimiliki.

Cepat...siapa cepat dia dapat. Sila emailkan kepada saya untuk rundingan dan belian.

Di bawah ini saya paparkan visual tanah berkenaan. Sila klik.




Click Here!

Harga Tanah tidak menentu

Harga tanah tidak menentu melihat sejauh mana kawasan tanah terbabit berpotensi untuk dimajukan sebagai kawasan perumahan atau sebaliknya.

Jika kawasan berkenaan, dalam perancangan pembangunan kerajaan atau berhampiran dengan pusat bandar atau pusat komuniti seperti sekolah, pejabat dan kawasan perindustrian sudah pasti dia agak mahal berbanding tanah dalam kampung.

Selot tanah (kira-kira 1 ekar bagi lima) yang terletak di Kampung Bukit Bayas berharga RM145,000.00. Tanah pembangunan dan ia milik Melayu. Bagaimanapun perlu ditambun kerana ia berhampiran kawasan tepi sungai derhaka, Kuala Terengganu (kira-kira 7 kilometer dari Bandaraya Kuala Terengganu).

Tanah bukan terlalu hampir dengan sungai. Ada satu tanah lain yang dipenuhi pokok baran berhampiran dengan tanah ini.

Klik visual di bawah untuk melihat persekitaran tanah berkenaan.

Tips: Setiap tanah yang telah dipecah lot statusnya ialah pembangunan, harap maklum.




Click Here!

Sungai Derhaka punya tanah berpotensi

Kampung Sungai Derhaka yang jauhnya kira-kira 7 kilometer dari Kuala Terengganu juga satu kampung yang menjadi tumpuan manusia yang mahu mencari tapak rumah di suasana kampung yang tenang dan jauh dari hiruk pikuk bandar.

Kampung yang terletak di pinggir bandar ini terdapat banyak tanah yang mahu dijual oleh penghuninya termasuk tanah yang saya siarkan melalui visual dalam artikel ini.

Tanah ini berkeluasan 1 lot (1 ekar dibahagi 6) mempunyai jalan masuk, walaupun masih tidak bertar, ia suatu kawasan perumahan yang berpotensi untuk setahun dua lagi kerana banyak terdapat tanah-tanah yang telah ditambun di sekitarnya.

Saya menganggarkan perbelanjaan untuk tambun tanah ini hanya memerlukan sekitar RM12,000 sahaja.

Harga tanah ini ialah sekitar RMRM75,000.00 sahaja dan ia masih boleh dirunding. Sila klik visual di bawah, untuk melihat gambaran sepintas lalu tanah berkenaan dan jika berminat sila telefon (013-9060111) atau email saya segera ke seramaesty@yahoo.com.




Click Here!

Thursday, April 24, 2008

Anda bermasalah jual beli tanah?

Anda bermasalah untuk menjual beli tanah? Saya boleh membantu anda dengan segera. Sila nyatakan masalah anda samada mahu menjual tanah atau membelinya.

Jika anda ingin menjual tanah, nyatakan latar belakang tanah itu termasuk:-

1- Jenis Tanah tersebut (pertanian atau pembangunan)

2- Milikan: Hak Milik Melayu.

3- Status: (Freehold atau leasehold).

4- Keluasan:

5- Lokasi:

6- Tanah perlu ditambun tanah atau tidak.

7- Ada jalan masuk atau tidak (bertar atau tidak)

8- Kirimkan gambar jika ada

9- Salinan Geran.

10- Harga.


Jika anda mahu membeli tanah sila nyatakan perkara seperti berikut:

1- Jenis Tanah: Pembangunan atau pertanian

2- Keluasan Tanah.

3- Lokasi:



Hantarkan maklumat anda kepada saya samada melalui e-mail seramaesty@yahoo.com atau
hantarkan ke alamat:

1122-B, Kampung Batu 6, Chendering
21080 Kuala Terengganu.

H/P: 013-9060111

Terima kasih atas kerjasama anda untuk kebaikan kita bersama.


Tag: ,
, .

Tanah di Kubang Ikan Chendering RM60,000 selot

Kampung Kubang Ikan, Chendering, Kuala Terengganu adalah sebuah kampung yang terletak di pinggir Bandaraya Kuala Terengganu sejauh 12 kilometer dari bandar tersebut.

Kampung ini adala kampung Melayu terletak di kawasan Dewan Undngan Negeri (DUN) Batu Burok.

Ia pula berhampiran dengan kawasan Perindustrian Chendering yang sekitarnya pula pesat membangun dengan pelbagai projek kerajaan termasuk perumahan baru di Taman Permint Jaya.

Dalam perancangan kerajaan negeri, Chendering akan menjadi sebuah bandar baru dalam jangka masa 1o hingga 20 tahun lagi dari sekarang.

Fokus berita hari ini ada tanah yang ingin dijual di Kampung Pa' Midin (Kubang Ikan) keluasannya 518 meter persegi.

Tanah ini setatusnya adalah bangunan. Sudah banyak rumah banglo didirikan di kawasan sekitar tanah tersebut.

Bagimanapun ia perlu kepada beberapa tambahbaikan termasuk menambun tanah untuk membolehkan ia digunapakai sebagai tapak perumahan dan mentarkan jalan masuk ke tanah berkenaan.

Ia boleh dirundingkan dengan penduduk kampung terbabit. Harga relevan sehingga ini ialah RM60,000.00 dan ia boleh dirunding jika berminat.

Sila hubungi saya dengan segera atau e-mailkan saja ke alamat seramaesty@yahoo.com

Saya akan cerita tanah di kawasan ini yang ingin dijual sebanyak lima ekar lagi. Berikan saya sedikit waktu.

Tag: ,
, .

Wednesday, April 23, 2008

Tanah untuk komersial dan perumahan di Seberang Takir

Tahukah Anda kawasan pembangunan baru di Terengganu?

Ia terletak di Seberang Takir, Kuala Terengganu (5 kilometer dari Pusat Bandaraya Kuala Terengganu).

Ia bermula apabila Kerajaan negeri itu merancakkan pembangunan dengan menyediakan tambahan kemudahan dan menaiktaraf Lapangan Terbang Sultan Mahmud kepada Lapangan Terbang Antarabangsa dengan peruntukkan sebanyak tidak kurang dari RM700 juta.

Kira-kira satu kilometer dari lapangan tersebut dibina dua buah Stadium termasuk Stadium terbuka dan satu lagi stadium tertutup bernilai tidak kurang dari RM100 juta.

Kedua-dua stadium berkenaan digunakan untuk temasya SUKMA tidak lama lagi.

Kawasan sekitar berkenaan dipenuhi tanah yang berpotensi untuk dibina perumahan baru. Sekarang pun pihak pemaju sedang rancak membeli tanah untuk tujuan berkenaan.

Terbina ruma baru berbagai jenis untuk menandakan ia merupakan satu kawasan pembangunan baru di Kuala Terengganu.

Justeru saya ingin menawarkan anda sebidang tanah untuk dimajukan sebagao kawasan perumahan di kawasan tersebut yang keluasannya hampir 1 ekar.

Tanah ini berada berhampiran dengan pusat latihan memandu PSM, terdapat jalan masuk ke tanah berkenaan. Bagaimanapun ia perlu ditambun sedikit untuk pembinaan rumah lebih baik.

Tanah itu adalah tanah bekas sawah dan sudah banyak perumahan dibina di sekitarnya.

Harganya ialah RM290,000.00. Harganya boleh dirunding.

Jika berminat boleh hubungi saya di talian 013-9060111 atau emalikan kepada saya segera.

Tag: ,
, .