Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Saturday, August 16, 2008

Tanah berhampiran lombong emas di Kg. Paya Marang


Marang mempunyai keindahan pantai dan pulaunya tersendiri. Marang turut mempunyai emas diperut buminya. Pernah terkenal dengan Perlombongan Emas Awam sekitar 1980-an. Kini masih terdapat emas di daerah tersebut khususnya di Rusila.

Sebidang tanah berhampiran lombong emas swasta di Kampung Paya Mukim Rusila kini terbuka untuk jualan.

Wakil tuan tanah (nama dirahsiakan) telah berjumpa saya dan mengajak saya melawat tanah berkenaan (Lihat pelan kasar).

Ia agak berhampiran dengan lombong emas berkenaan. Tanah itu berpotensi untuk didirikan chalet dan rumah banglo.

Status tanah berkenaan ialah 'freehold'. Terdapat 10 lot tanah di situ. Pemilik berhasrat menjual semua sekali dengan harga RM350,000.00.

Bagaimanapun hanya 4 lot sahaja (Yang tidak bertanda bulat) beliau sanggup menjualnya jika tidak ada pembeli yang ingin membeli semua tanah miliknya itu.

Harga satu lot ialah RM35,000.00 (masih boleh dirunding).

Harta mahu dilelong di Sentol Patah, Marang

Masalah kewangan sering menghantui peniaga sama ada kecil atau konglomerat. Kadang kala mendorong seseorang itu menjual harta yang ada untuk mendapatkan wang bagi meneruskan perniagaan yang dibina sekian lama.

Saya mempunyai seorang pelanggan yang menghadapi masalah ini. Beliau seorang peniaga emas di sekitar Marang (nama dirahsiakan) telah menemui saya suatu ketika di satu tempat di daerah tersebut menceritakan masalahnya untuk menjual hartanya itu bagi mendapatkan wang berkenaan.

Hartanya termasuk dua buah banglo dan kira-kira 3 ekar tanah (gambar) yang sudah dipecah 12 lot (3 lot sudah dijual) bernilai RM900,000.00 terletak di Kampung Sentol Patah, kira-kira 6 kilometer dari bandar Marang (menghala ke Wakaf Tapai).

Setiap satu lot keluasannya ialah 590 meter persegi.

Tanah ini berstatus Freehold dan tanah berkenaan akan meningkat lagi harganya di masa akan datang kerana di sekitar perkampungan itu sudah banyak didirikan kawasan perumahan oleh pihak pemaju dan syarikat-syarikat tertentu.

Tanah berkenaan sesuai untuk didirikan rumah banglo dan lokasinya tidak jauh dari bandar Marang. Ia terletak dalam suasana kampung yang aman dan damai serta mempunyai kemudahan jalan raya dan infrastruktur lain.

Pembeli yang 'intrested' sahaja diharapkan menghubungi saya segera di talian 013-9060111 atau email seramaesty@yahoo.com

View Larger Map