Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Sunday, August 10, 2008

10 Lot Tanah di Kg. Paya akan dijual

Hari ini, ketika saya ada sedikit urusan perniagaan di Kuala Terengganu, tiba-tiba ada seorang hamba Allah dari Marang, ingin meminta saya menjual tanahnya kira-kira 10 lot di Kampung Paya, Kijing.

Beliau bertanyakan sama ada saya agent hartanah atau tidak. Saya berterus-terang saya adalah agent tersebut.

Beliau ingin menjual tanah setiap satu berukuran 497 meter persegi. Saya akan bertemu beliau sedikit masa lagi dan membincang tentang semua perkara berkait dengan tanah berkenaan, khususnya masalah harga.

Saya akan postkan maklumat berkenaan dengan tanah berkenaan di blog kesayangan ini tidak lama lagi selepas satu pertemuan diadakan antara beliau dengan saya sedikit masa lagi.

Sebagai maklumat, Kampung Paya terletak di tepi pantai Muara Sungai Marang (kira-kira 18 kilometer dari Kuala Terengganu). Kira-kira 20 tahun lalu ramai pelancong datang berkunjung ke situ untuk bersantai di tepi pantainya tetapi kini ia tidak lagi begitu.

Ini kerana keindahan pantainya kini terhakis akibat projek pembangunan tambak muara sungai itu berharga tidak kurang RM7 juta.

Pelancong kebanyakan akan menuju ke Pualau Kapas untuk bersantai dan Pulau Kapas juga merupakan satu destinasi pelancong terkenal di Pantai Timur.

Bagaimanapun Kampung Paya sebuah kampung istimewa kerana terletak di pinggir bandar Marang yang keluasannya tidak sebesar mana. Agaknya hanya dalam sekitar 700 meter sahaja. Segala kemudahan termasuk masjid baru, Pejabat Tanah dan Daerah serta Pasar memang tersedia di badar ini.

Tunggu posting terbaru saya berhubung dengan tanah berkenaan.

  • (Gambar) Satu pemandangan indah di Pulau Gemia berhampiran Pulau Kapas. 10 tahun lalu saya pernah berkunjung ke pulau ini dan pernah menginap di resort yang ada di pulau tersebut.

Xomax - Natural Male Enhancement

Tanah di Lerek dalam proses perundingan jual-beli

Saya mempunyai seorang pelanggan yang mahu membeli tanah Lot No. 34174 (13) Kampung Lerek, Gemuroh, Kuala Terengganu berkeluasan 438 meter persegi berharga R26,000.00 (boleh dirunding).

Nama beliau ialah Azman (bukan nama sebenar) tinggal di sekitar Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Dari semalam menelefon saya bertanyakan tanah berkenaan tetapi petang ini (jam 5.10 petang) barulah saya berjaya membawa beliau melawat tanah berkenaan yang letaknya di tepi sebuah padang bola awam yang dikatakan tanah rezab kerajaan.

Tanah Lot ini adalah tanah lot terakhir yang mungkin akan terjual tidak lama lagi yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Sekitarnya masih ada belukar yang dikatakan menjadi sarang penjudi di kampung berkenaan. Tanah di kawasan itu agak tinggi sikit dan perlu dibuang untuk menjadi rata setara padang bola bersebelahan.

Jika kawasan ini dibersihkan insya Allah masalah menjadi kawasan perjudian dapat diselesaikan sedikit sebanyak.

Difahamkan hanya tinggal tanah itu sahaja satu lot yang belum dijual. Azman meminta salinan geran kasar tanah berkenaan. Saya membuat satu salinan tanah itu dan serahkan kepada beliau.

Azman meminta harga dikurangkan. Saya kata, beliau boleh mengurangkannya ikut berapa yang dikehendakinya dan saya akan pertimbangkannya jika berpatutan.

Setakat ini saya belum lagi membuat keputusan berapa harga yang dia mahu dan saya nasihatkan beliau supaya menyemak status tanah berkenaan di Pejabat Tanah Kuala Terengganu untuk mengetahui apa kedudukan sebenar tanah tersebut sama ada ada apa-apa 'kaveat' (sekatan) atau ia dalam perancangan projek kerajaan.

Jika ia dalam perancangan pembangunan kerajaan saya rasa tanah berkenaan boleh dibeli untuk mendapat laba berlipat kali ganda di kemudian hari kerana harga pasaran tanah berkenaan di kawasan itu pun dikatakan turut meningkat dari semasa ke semasa.

Kampung Lerek adalah sebuah perkampungan yang jauhnya sekitar 15 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.

Nampaknya tanah berkenaan berada di kawasan agak berbelukar di tepi kampung. Ia tidak menjadi masalah untuk dibersihkan menjadi kawasan perumahan dan perkampungan yang sihat dari pengaruh judi di kawasan berkenaan.

Itu bergantung kepada kemuafakatan pemilik tanah di situ yang terdiri dari guru-guru sekolah kerajaan yang dikatakan ingin mewujudkan satu koperasi entah untuk apa tujuan, saya tidak mendapat maklumat secara jelas.

Bagaimanapun mereka dikatakan gagal mewujudkan koperasi berkenaan dan akhirnya mereka terpaksa menjual tanah itu kepada orang ramai.

Tanah tersebut mempunyai tiga nama, semuanya guru sekolah dan ia tidak menjadi masalah untuk menukar nama pada geran di masa akan datang kerana mereka semua berjanji untuk memberi kerjasama sepenuh untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun tanah ini masih dalam perundingan untuk dijual. Bergantung kepada kesanggupan Zamri. Beliau akan memberiahu keputusan sehari dua lagi.

Jika beliau jadi atau tidak jadi membelinya, saya akan memaklumkan kepada anda dan postkan ke blog ini.

Saya turut mempunyai tanah-tanah lain untuk dijual sebagaimana saya postkan maklumatnya sebelum ini.

Jika anda mempunyai perancangan untuk membeli dan menjual tanah atau rumah anda boleh hubungi saya dengan menelefon 013-9060111 atau menghantar e-mail ke seramaesty@yahoo.com. Click Here!