Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Monday, May 19, 2008

Orang Kaya Malaysia suka sembunyikan diri

Ramai orang kaya tidak menceritakan tentang kekayaannya kerana bimbang tentang keselamatannya terutama di Malaysia.

Sukar untuk mencari siapa yang kaya di Malaysia dengan hartanya di seluruh negara. Tetapi ia tidak sukar di negara Barat seperti Amerika Syarikat (AS).

Kebanyakan rakyat Amerika mengetahui siapa yang mempunyai harta bertimbun-timbun (meminjam kata-kata Pak Lah) di Amerika kerana masyarakat di sana agak terbuka mendedahkan harta milikan mereka.

Di Malaysia mereka sebaliknya kerana mereka bimbang dikejar perompak dan income tax. Budaya orang Malaysia suka menyembunyikan fakta peribadi supaya banyak benda terselamat dengan sifat itu termasuk menyembunyikan kekayaan dari dihidu oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri.

Orang Kaya Malaysia kebanyakannya kedekut untuk melaborkan wang atau harta mereka untuk kebaikan rakyat Malaysia berbilang kaum. Kalau adapun tidak ramai. Saya tidak mahu menyebutnya di ruangan terbatas ini siapakah mereka tersebut.

Anda perlu menyelidik dan mencari maklumat itu dari semasa ke semasa.

No comments: