Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Sunday, July 6, 2008

12 UNIT APARTMENT di Bangi Kajang

Keterangan ini adalah untuk memberi gambaran yang jelas kepada sesiapa yang bercadang untuk membeli harta tersebut supaya keputusan dibuat dengan bijaksana. Kami menasihatkan bakal-bakal pembeli supaya melihat sendiri harta tersebut dan membuat carian di Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi untuk semakan dokumen sebelum membuat sebarang keputusan.


2. HAKMILIK

2.1. No. Hakmilik : H.S. (M) No. 1058

2.2. No. Lot : P.T. No. 7818, Mukim Kajang,

Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan

2.3. Kedudukan : Kg. Bahagia Bangi (Peringkat 11)

2.4. Pajakan : 99 tahun berakhir 9 Jun 2062

2.5. Syarat Tanah : Bangunan

2.6. Keluasan Tanah : 885.2484 meter persegi/9529 kaki persegi.

2.7. Syarat Kegunaan : Rumah Kediaman

2.8. Status : Rezab Melayu


3. KETERANGAN HARTA

3.1. Tapak

Lot P.T. No. 7818 adalah lot tepid an mempunyai keluasan 885.2484 meter persegi atau 9529 kaki persegi. Dua sudut lot tersebut adalah berhadapan dengan dua laluan iaitu Jalan Damai dan Jalan Sejahtera.

Sempadan berhadapan dengan Jalan Damai telah dibenteng dengan konkrit setinggi 10 kaki manakala berhadapan Jalan Sejahtera telah dibenteng dengan batu-bata berplaster.

Sebuah apartment tiga tingkat telah dibina diatas tapak ini. Semua kawasan diturap dengan konkrit manakala kawasan keliling berpagar konkrit dan pintu besi sliding.


3.2. Bangunan

Bangunan merupakan blok apartmen tiga tingkat dan mengandungi 12 unit. Setiap tingkat mengandungi 4 unit dan dua laluan tangga yang berasingan. Setiap unit mengandungi tiga bilek dan dua bilek mandi. Setiap unit diperuntukan satu lot tempat letak kereta.

Struktur bangunan dibina daripada konkrit tetulang dan dinding dari batubata simen yang berplaster manakala bumbung daripada tile simen diatas kekuda dan pelantar kayu.

Pintu masuk utama setiap unit dikemaskini dengan pintu plywood dan jeriji besi manakala pintu dibahagian bahagian dalam rumah dipasang dengan pintu plywood.

Semua tingkap dikemaskini dengan tingkap cermin naco. Siling didua tingkat pertama daripada slab konkrit yang berplaster manakala ditingkat atas sekali daripada kepingan asbestos.

Bahagian-bahagian dalaman dan kemasan lantai bagi setiap unit boleh dirumuskan seperti berikut; Kawasan Kemasan Lantai, Ruang Tamu Turapan Simen, Ruang Makan Turapan Simen Bilek (3 buah) Turapan Simen, Bilek Mandi/Tandas (2 buah) Tile Ceramic Dinding Bilik Mandi/Tandas Tile dinding setinggi 5 kaki (1.52m)
Halaman Turapan Simen

4. LOKASI

Harta tersebut adalah di Kg Bahagia Bangi, lebih kurang 15 km dari Bandar Kajang, 7 km dari Bandar Baru Bangi dan 20 km dari Putrajaya melalui melalui Gate 1

Untuk sampai ke harta tersebut dari Kuala Lumpur melalui Lebuhraya PLUS Kuala Lumpur-Seremban dan keluar ke Plaza Toll Bangi. Jalan menghala ke Bandar Baru Bangi dan sampai ke bulatan pertama belok pukul 3 dan masuk ke jalan menuju Kg Teras Jernang melalui Akademi Percukaian Negara di kanan Asrama Raja Nongchik di sebelah kiri.

Sampai ke simpang “T” ikut arah kiri ke Jalan Teras Jernang dan melalui Jambatan Sungai Langat dan belok kanan ke Jalan Kajang-Kg Bangi Lama. Selepas 1.5 km akan melalui Pusat Penyelidikan Nuklear di sebelah kiri dan terus lagi dan akan melepasi simpang ke Sepang dan Dengkil disebelah kanan. Terus lagi dan kira-kira 100 m dari simpang ini belok kiri ke Jalan Damai memasukki Kampung Bahagia Bangi dan seterusnya belok kiri ke Jalan Sejahtera dimana terdapat apartmen tersebut.


5. KEMUDAHAN AWAM

Kawasan ini mempunyai bekalan air, letrik dan talipon. Bekalan air dan letrik telah disambung ke apartmen tersebut.

Pengangkutan awam seperti bas dan teksi boleh didapati melalui jalan utama Kajang – Bangi yang cuma beberapa meter jaraknya manakala stesyen KTM Komuter di Bangi Lama yang jaraknya lebihkurang 2 km daripada apartmen tersebut.

6. KAWASAN SEKITAR

Harta ini terletak kira-kira 7 km ke kawasan perindustrian Bandar Baru Bangi dimana terdapat pelbagai kilang-kilang dan juga Pusat Pentadbiran Kerajaan Daerah Hulu Langat dan pusat pusat membeli belah.

Berhampiran dengan IPTA seperti Universiti Kebangsaan Malaysia (6 km), Kolej Universiti Islam Selangor (5 km) dan Malaysia French Institute/Universiti Kuala Lumpur.

Juga berhampiran dengan pusat pusat latihan swasta dan kerajaan seperti Pusat Latihan Public Bank, RHB Bank dan Bank Simpanan Nasional serta Akademi Percukaian Negara, Pusat Latihan KWSP, National Institute of Safety and Health (NIOSH) dan lain-lain lagi.

Hanya 30 minit ke Putrajaya melalui Gate 1 dan 45 minit ke KLIA. Anggaran 1 jam ke Kuala Lumpur melalui lebuhraya Plus ikut Plaza Tol Bangi.


7. STATUS APARTMEN

Sedia untuk didiami. Lapan unit masih disewakan.


8. CADANGAN PENGGUNAAN

8.1. Asrama Pelajar/Pekerja

8.2. Rumah Kakitangan

8.3. Tahfiz

8.4. Rumah Kebajikan


9. CADANGAN PELABURAN

Asrama Pelajar/Pekerja

Sebagai contoh, setiap unit dianggarkan boleh memuatkan 12 orang. Sekiranya setiap orang dikenakan bayaran RM120.00 sebulan maka perolehan adalah seperti berikut:

12 orang X RM120.00 X 12 unit = RM17,280.00/bulan

10. SEBAB UNTUK DIJUAL

Pemilik tidak dapat menguruskan harta kerana terpaksa bekerja diluar negara.


11. ANGGARAN PENILAIAN

RM835,000.00. Penilaian dibuat oleh Akram & Co pada April, 2004.

12. HARGA JUALAN

RM775,000.00. Harga boleh dirunding lagi.

13. DOKUMEN IRINGAN

12.1. Salinan Geran Tanah

12.2 Salinan Sijil Carian Rasmi

12.3. Gambar

12.4. Pelan Bangunan

12.5 Pelan Lokasi Harta

12.6. Lapuran Penilaian



No comments: