Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Sunday, November 2, 2008

Masa Untuk Menjual Rumah Anda?

Hari ini saya terfikir untuk berkongsi dengan anda mengenai trend ‘Indeks Harga Rumah’ yang saya fikir boleh membantu anda yang ingin membuat keputusan terhadap pelaburan hartanah anda.

Berdasarkan ‘Indeks Harga Rumah’ yang dikeluarkan NAPIC, saya perhatikan trend harga rumah yang berlaku adalah hampir serupa dengan apa yang berlaku pada kitaran 10 tahun sebelum berlaku kegawatan ekonomi 1998.

Berdasarkan tempoh 1989 – 1999 dalam Jadual di bawah, anda dapat perhatikan trend peningkatan indeks harga sehingga tahun 1997 (Indeks 216.8), iaitu pada tahap puncak sebelum ianya jatuh pada tahun berikutnya (1998), pada indeks 196.4. Ianya adalah merupakan tahun ke-8 dalam kitaran tersebut di mana kegawatan berlaku.

No comments: