Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Saturday, August 16, 2008

Harta mahu dilelong di Sentol Patah, Marang

Masalah kewangan sering menghantui peniaga sama ada kecil atau konglomerat. Kadang kala mendorong seseorang itu menjual harta yang ada untuk mendapatkan wang bagi meneruskan perniagaan yang dibina sekian lama.

Saya mempunyai seorang pelanggan yang menghadapi masalah ini. Beliau seorang peniaga emas di sekitar Marang (nama dirahsiakan) telah menemui saya suatu ketika di satu tempat di daerah tersebut menceritakan masalahnya untuk menjual hartanya itu bagi mendapatkan wang berkenaan.

Hartanya termasuk dua buah banglo dan kira-kira 3 ekar tanah (gambar) yang sudah dipecah 12 lot (3 lot sudah dijual) bernilai RM900,000.00 terletak di Kampung Sentol Patah, kira-kira 6 kilometer dari bandar Marang (menghala ke Wakaf Tapai).

Setiap satu lot keluasannya ialah 590 meter persegi.

Tanah ini berstatus Freehold dan tanah berkenaan akan meningkat lagi harganya di masa akan datang kerana di sekitar perkampungan itu sudah banyak didirikan kawasan perumahan oleh pihak pemaju dan syarikat-syarikat tertentu.

Tanah berkenaan sesuai untuk didirikan rumah banglo dan lokasinya tidak jauh dari bandar Marang. Ia terletak dalam suasana kampung yang aman dan damai serta mempunyai kemudahan jalan raya dan infrastruktur lain.

Pembeli yang 'intrested' sahaja diharapkan menghubungi saya segera di talian 013-9060111 atau email seramaesty@yahoo.com

View Larger Map

No comments: