Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Sunday, September 7, 2008

Miliki Rumah Impian

Jangan buang masa terlalu lama memilih

Dari hari ke hari harga rumah semakin meningkat terutama unit hartanah di Lembah Klang berikutan peningkatan kos bahan binaan, pembinaan dan upah kerja.

Dalam keadaan sekarang ini, pernahkah terlintas di fikiran kita masih adakah unit rumah yang masih kekal pada harga yang sama dibeli 20 tahun lalu?

Persoalan yang sama juga akan timbul 20 tahun akan datang, masih adakah unit rumah yang dijual pada harga yang ditawarkan ketika ini.

Ini menunjukkan biarpun apa keadaannya, janganlah menunggu masa bertahun-tahun akan datang sebelum mengambil keputusan memiliki rumah sendiri.

Ini kerana dari bulan ke bulan, tahun ke tahun perbezaan harga rumah menjadi semakin ketara.

Harga rumah akan terus meningkat, apatah lagi jika anda memiliki hartanah di kawasan yang pesat membangun, amat menguntungkan kerana pada masa depan nilainya pasti melambung tinggi.

Fikirkan nilainya selepas beberapa tahun kelak dan bagaimana anda mendapat keuntungan apabila anda memilikinya.

Bagi yang berhasrat memiliki kediaman sendiri atau sedang mencari hartanah untuk pelaburan masa depan, jangan gusar kerana banyak iklan hartanah untuk dijual dalam akhbar-akhbar dan internet yang disiarkan oleh ejen-ejen hartanah seperti saya.

Tips membeli rumah impian anda

1. Cuba selak dan perhatikan iklan di mana-amana akhbar harian dan jangan lupa mencari maklumat mengenai kawasan perumahan yang dipilih melalui internet.

2. Perhatikan harga yang ditawarkan, lokasi dan kelebihan sama ada dari aspek komersial dan prasarana yang menghubungkan lokasi dengan tempat kerja dan jalinan lebuhraya paling hampir. Tinjau juga dari apakah laluan yang bakal anda gunakan untuk ke tempat kerja memuaskan atau sering berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk.

3. Buat perbandingan harga dan keluasan kediaman yang ditawarkan. Kemudian bawalah ahli keluarga anda membuat tinjauan ke kawasan dan unit kediaman yang anda rasakan sesuai untuk dibeli itu.

4. Jangan lupa dapatkan maklumat daripada masyarakat setempat mengenai aspek keselamatan dan kejiranannya, selain keperluan setempat yang penting seperti pusat penjagaan harian dan tadika untuk anak yang masih kecil serta sekolah yang berdekatan.

5. Selepas segala-galanya dirasakan sesuai dan menepati cita rasa anda sekeluarga, hubungi ejen hartanah dan tawar menawarlah dengannya, mungkin pemilik boleh memberikan sedikit diskaun seperti yang diminta dengan persetujuan ejen.

6. Sekiranya anda berminat membeli rumah yang bakal dibina, pastikan anda memilih pemaju yang berwibawa dan tidak ada sejarah pembinaan terbengkalai atau projek perumahan yang tidak memuaskan. (Petikan dari Berita Harian 1 September 2008) Click Here!

No comments: