Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Sunday, September 7, 2008

PROSEDUR RINGKAS JUAL BELI HARTANAH

1. Langkah pertama bayar tempahan, biasanya 2 - 3 peratus daripada harga rumah. Peguam akan menyediakan dokumen perjanjian jualbeli. Resit dan surat tawaran akan diberikan.

2. Dalam masa 14 hari atau lebih, penjual dan pembeli akan dipanggil untuk menandatangani surat perjanjian jual beli. Sekiranya gagal disebabkan pembeli, wang tempahan akan dikira hangus manakala jika penjual menarik diri, pembeli boleh memaksa penjual meneruskan jualan atau memulangkan wang tempahan (rujuk surat tawaran).

3. Pembeli perlu membayar baki deposit semasa perjanjian jual beli ditandatangani (biasanya 10 peratus) kepada penjual.

4. Dalan kes yang membabitkan urusan pejabat tanah atau kerajaan negeri, contohnya yang memerlukan kelulusan atau pelepasan seperti Rizab Melayu, akan diuruskan oleh peguam. Selepas kelulusan diperoleh, barulah urusan menyelesaikan pembayaran diambil kira. Jika hartanah itu tidak memerlukan kelulusan atau pelepasan, tempoh pembayaran dikira dari tarikh perjanjian jual beli.

5. Pembeli mesti menjelaskan baki harga rumah (biasanya 90 peratus) dalam tempoh 90 hari. Sekiranya gagal, pembeli diberi masa 30 hari tambahan dengan faedah dikenakan kepada pembeli yang dikira secara harian. Jika gagal disebabkan bank tidak meluluskan pinjaman maka deposit 10 peratus dikira hangus.

6. Selepas bayaran penuh dibuat, pembeli boleh mengambil alih hartanah. (Dipetik dari Berita Harian 1 September 2008)

No comments: