Can't find what you're looking for? Try Google Search!

Google
 

Sunday, November 2, 2008

Tanah Pulau Kambing Strategik untuk Show Room

Tanah Pulau Kambing, menghendakkan sesiapa yang berminat membelinya. Di lokasi strategik untuk menjadi Show Room Kereta. Di tepi jalan besar, tidak jauh dari Stesyen Pam Minyak Shell Pulau Kambing, Kuala Terengganu.

Keluasan tanah 30,346 kaki persegi dengan harga RM110 per kaki persegi. Tanah Rezab Melayu. Lihat penanda arah lokasi tanah terbabit.

View Larger Map

Masih ada 3 lot tanah di Chendering

Masih ada tiga lot tanah belum dijual di Chendering, berhampiran Istana baru di Bukit Panji Chendering dan bersebelahan Taman Chendering Utama, di belakang Bernas.

(Sila rujuk kepada cadangan pelan tanah)

Lot 5 keluasannya kira-kira 618 meter persegi, lokasi koner lot berharga RM100,000.00, Lot 6 berkeluasan 777 meter persegi berharga RM120,000.00 manakala Lot 7 berkeluasan 838 meter persegi berharga RM130,000.00. Harga masih boleh dirunding.

Berminat sila hubungi saya ditalian 013-9060111 untuk lawatan tapak dan seterusnya bayaran pendaftaran diperlukan sebanyak RM500.00.

Pendahuluan dikenakan sebanyak 10 peratus dari harga tanah dan segala urusan melalui peguam.

Sebagai maklumat tanah ini dalam proses kelulusan pelan. Ia akan diluluskan dalam bulan ini atau bulan depan. Dengan menyelesaikan jual beli melalui peguam perjanjian jual beli lebih teguh dan berkesan.




Cepat Tanah 4.5 ekar akan dibeli segera

Tanah 4.5 ekar di Pulau Kambing berhampiran Pengkalan Perikanan, kini dalam perkiraan untuk dibeli oleh sebuah syarikat operasi perniagaan super market.

Harga tanah ini ialah RM15 juta (harga boleh dirunding). Baru-baru ini saya telah membuat lawatan tapak terhadap tanah berkenaan.

Namun jika sesiapa atau mana-mana syarikat berminat dalam masa terdekat untuk memiliki tanah komersial ini boleh lah segera menghubungi saya untuk perundingan dalam semua aspek.

Bertanda A adalah lokasi tanah berkenaan. Sila bersama saya untuk melawat tapak tanah berkenaan.


View Larger Map


Click Here!

Sunday, September 7, 2008

PROSEDUR RINGKAS JUAL BELI HARTANAH

1. Langkah pertama bayar tempahan, biasanya 2 - 3 peratus daripada harga rumah. Peguam akan menyediakan dokumen perjanjian jualbeli. Resit dan surat tawaran akan diberikan.

2. Dalam masa 14 hari atau lebih, penjual dan pembeli akan dipanggil untuk menandatangani surat perjanjian jual beli. Sekiranya gagal disebabkan pembeli, wang tempahan akan dikira hangus manakala jika penjual menarik diri, pembeli boleh memaksa penjual meneruskan jualan atau memulangkan wang tempahan (rujuk surat tawaran).

3. Pembeli perlu membayar baki deposit semasa perjanjian jual beli ditandatangani (biasanya 10 peratus) kepada penjual.

4. Dalan kes yang membabitkan urusan pejabat tanah atau kerajaan negeri, contohnya yang memerlukan kelulusan atau pelepasan seperti Rizab Melayu, akan diuruskan oleh peguam. Selepas kelulusan diperoleh, barulah urusan menyelesaikan pembayaran diambil kira. Jika hartanah itu tidak memerlukan kelulusan atau pelepasan, tempoh pembayaran dikira dari tarikh perjanjian jual beli.

5. Pembeli mesti menjelaskan baki harga rumah (biasanya 90 peratus) dalam tempoh 90 hari. Sekiranya gagal, pembeli diberi masa 30 hari tambahan dengan faedah dikenakan kepada pembeli yang dikira secara harian. Jika gagal disebabkan bank tidak meluluskan pinjaman maka deposit 10 peratus dikira hangus.

6. Selepas bayaran penuh dibuat, pembeli boleh mengambil alih hartanah. (Dipetik dari Berita Harian 1 September 2008)

Miliki Rumah Impian

Jangan buang masa terlalu lama memilih

Dari hari ke hari harga rumah semakin meningkat terutama unit hartanah di Lembah Klang berikutan peningkatan kos bahan binaan, pembinaan dan upah kerja.

Dalam keadaan sekarang ini, pernahkah terlintas di fikiran kita masih adakah unit rumah yang masih kekal pada harga yang sama dibeli 20 tahun lalu?

Persoalan yang sama juga akan timbul 20 tahun akan datang, masih adakah unit rumah yang dijual pada harga yang ditawarkan ketika ini.

Ini menunjukkan biarpun apa keadaannya, janganlah menunggu masa bertahun-tahun akan datang sebelum mengambil keputusan memiliki rumah sendiri.

Ini kerana dari bulan ke bulan, tahun ke tahun perbezaan harga rumah menjadi semakin ketara.

Harga rumah akan terus meningkat, apatah lagi jika anda memiliki hartanah di kawasan yang pesat membangun, amat menguntungkan kerana pada masa depan nilainya pasti melambung tinggi.

Fikirkan nilainya selepas beberapa tahun kelak dan bagaimana anda mendapat keuntungan apabila anda memilikinya.

Bagi yang berhasrat memiliki kediaman sendiri atau sedang mencari hartanah untuk pelaburan masa depan, jangan gusar kerana banyak iklan hartanah untuk dijual dalam akhbar-akhbar dan internet yang disiarkan oleh ejen-ejen hartanah seperti saya.

Tips membeli rumah impian anda

1. Cuba selak dan perhatikan iklan di mana-amana akhbar harian dan jangan lupa mencari maklumat mengenai kawasan perumahan yang dipilih melalui internet.

2. Perhatikan harga yang ditawarkan, lokasi dan kelebihan sama ada dari aspek komersial dan prasarana yang menghubungkan lokasi dengan tempat kerja dan jalinan lebuhraya paling hampir. Tinjau juga dari apakah laluan yang bakal anda gunakan untuk ke tempat kerja memuaskan atau sering berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas yang teruk.

3. Buat perbandingan harga dan keluasan kediaman yang ditawarkan. Kemudian bawalah ahli keluarga anda membuat tinjauan ke kawasan dan unit kediaman yang anda rasakan sesuai untuk dibeli itu.

4. Jangan lupa dapatkan maklumat daripada masyarakat setempat mengenai aspek keselamatan dan kejiranannya, selain keperluan setempat yang penting seperti pusat penjagaan harian dan tadika untuk anak yang masih kecil serta sekolah yang berdekatan.

5. Selepas segala-galanya dirasakan sesuai dan menepati cita rasa anda sekeluarga, hubungi ejen hartanah dan tawar menawarlah dengannya, mungkin pemilik boleh memberikan sedikit diskaun seperti yang diminta dengan persetujuan ejen.

6. Sekiranya anda berminat membeli rumah yang bakal dibina, pastikan anda memilih pemaju yang berwibawa dan tidak ada sejarah pembinaan terbengkalai atau projek perumahan yang tidak memuaskan. (Petikan dari Berita Harian 1 September 2008) Click Here!

Monday, August 25, 2008

Tanah di Tok Jembal berhampiran Airport Sultan Mizan

Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mizan sedang pesat dibina. Tanah dan rumah berhampiran menjadi rebutan setiap orang yang mahu menanam modal dan mendapat untung besar di kawasan tersebut.

Mereka berlumba-lumba membeli rumah dan tanah sekitar kawasan itu. Terdapat satu lot tanah kira-kira 430 meter persegi serta sebuah rumah kayu yang agak luas juga mahu dijual di Kampung Tok Jembal berhampiran dengan Sekolah Kebanngsaan Tok Jembal dan juga tidak jauh dari situ.

Pembeli dapat terus tinggal di rumah berkenaan, cuma bersihkan halaman dan dalaman rumah dari habuk serta sampah sarap sahaja.

Harganya tidak mahal sekitar RM120,000 sahaja. Harga ini boleh lagi dirunding. Sila call saya segera ditalian 013-9060111 atau email: seramaesty@yahoo.com.

Tanah dan rumah ini untuk 'direct buyer' sahaja. Click Here!

Saturday, August 23, 2008

Tidak rugi beli tanah

Tidak rugi sesiapa yang berhasrat untuk membina kekayaan melalui pembelian tanah kerana harga tanah tidak akan turun dalam waktu terdekat (biasanya ia akan naik dari semasa ke semasa).

Saya syorkan cuab anda semak semula apa-apa tanah yang saya tawarkan dalam blog ini. Yang terbaru ialah tanah di Pulau Kerengga sebagaimana saya postkan sebelum ini. Click Here!